Semenjak berpindah ke Mutiara Damansara ni, aku dah kurang nak explore tempat-tempat makan menarik, sebab lidah aku ni dah terkunci dengan kesedapan makanan yang ada di Utara/Pulau Pinang dan kawasan sekitarnya. Memandangkan aku tinggal di Pelangi Damansara Condo, so tempat makan aku hanyalah di Restoran Sambal Hijau ... Selain dari Sambal Hijau adalah jugak aku pergi restoran-restoran lain macam Vichuda, Kayu Nasi Kandar, Restoran Idaman dan lain-lain, tapi semenjak aku dah cuba makan dekat satu restoran ni, memang aku rasa ini akan jadi salah satu (buat masa ni satu2nya) restoran yang paling aku gemarkan!
Restoran ini dinamakan sebagai Restoran Jom Cari Makan! Memang, restoran ni nama dia "Jom Cari Makan" pun ... =) Masakan based on Nyonya Cuisine dan Chinesse Food ... dan salah satu makanan favorite aku once aku datang ke Restoran JCM ni adalah MONGOLIAN CHICKEN RICE.
MONGOLIAN CHICKEN RICE - RM7.90 |
Memang terdapat di bahagian 'Chef Recommended Item's pun menu ni, memang sedap ... tak kisahlah harga dia RM7.90, kalau bagi sesiapa yang rasa harga tu agak mahal bagi menu yang biasa macam ini, cubalah dulu, dan rasa betapa bebaloinya makan menu ni dengan harga macam tu. Selain dari menu Mongolian Chicken Rice dia, aku suka Yee Mee Goreng dia, sebab aku memang suka Yee Mee. kalau makan... pergh penuh pinggan, banyak gila!
Mongolian Chicken Rice + Longan = RM9.70 |
Mohon Terliur tengok lauk dia nie =) |
Dihidang bersama nasi putih biasa sahaja, tanpa sebarang kuah, jangan pelik dan jangan risau, anda tidak akan tercekik! |
Restoran ni.. sampaikan ke sudu garpu pun dia susun elok-elok ... =) |
Kalau nak sampai sana, senang jer ... Restoran ini berdekatan dengan Original Kayu Nasi Kandar ... sederet saja dengan bangunan yang sama... ini alamatnya :- 31-1&33-1, Jalan PJU 5/12, Kota Damansara (Dataran Sunway), Petaling Jaya, Selangor 47810, Malaysia
Sekarang zaman internet, guna saja Foursquare, senang saja nak sampai sana ...! Best of Luck.
No comments :
Post a Comment