GoPro Hero 3 BLACK EDITION. Kawan-kawan aku kat penang dah ramai ada kamera GoPro ni, sebab benda ni versatile dan sangatlah cool bila kita nak rakam video atau gambar masa kita tengah buat aktiviti-aktiviti lasak, kalau nak guna bagi acara piknik pun boleh tapi rasa macam tak kena gaya ...
Aircond office aku rosak baru ni, air aircond suka menitik bila pasang aircond lama-lama, then aku rasa bagi menarik udara sejuk dari kawasan sekitar.. penggunaan kipas ni sangatlah praktikal. BTW aku dah beli dah kipas ni semalam dekat uptown Kota Damansara,RM15 jer minta kurang tak nak kurang dah, so aku pun dah pasang kat opis, bila dah pasang amik kau angin sepoi-sepoi bahasa, layu kuyu ja mata...
Seluar Khakis!!! Sekarang ni aku rasa aku dah tak nak pakai jeans, aku nak ubah! Raya tahun ni, aku nak beli Khakis 2 helai dengan seluar pendek khakis. Dah banyak sangat seluar jeans, lagipun pakai Khakis ni nampak rare dan maskulin sikit ...
Aku suka gila FrogSkin punya sunshades .. recently ada clique kat ofis beli SpyOptic, semart frame dia, tapi aku minat kalau cermin dia FrogSkin. Then aku pun google lah google pasal shades ni, aku rasa aku suka yang ni, bila check price dalam 400-600, tak tahu ori ke tak. Tapi bila aku pakai nampak macam kurang semart sebab muka aku bulat ...
OMG!!! Aku pencinta jam, dan bagi tahun 2013 dengan ini aku mengisytiharkan aku fall in love dengan Panerai ni ...! awat lawa sangat!!! Bagi aku semart la, bagi hampa aku tak sure... Harga sebenar jam ni boleh mencecah RM18k! ok aku nak hantaran kahwin aku seutas jam tangan jenama Tissot sekurang-kurangnya atau Oris selebihnya atau Tag mahupun Panerai semahak-mahalnya ;)
Last but not least... nak iPod touch baru..!!! iPod 1st gen aku dah lapuk ditelan zaman, boleh dengar lagu jer... kalau nak surf internet pun lembab bukan main ... haish
SELAMAT HARI JADI YANG KE-23 FAIZ FUAD!!! Semoga Dilimpahkan Nikmat Kurniaan Tuhan yang Melimpah Ruah, Kesihatan yang Baik dan Kebahagiaan yang Menenangkan Jiwa .. Amin.