09 June 2014

Fred'sLife : Cucuk Kad ATM, Cash Tak Keluar

Terkejut beruk ....! Serious terkejut bila withdraw dekat UOB guna kad HSBC aku, setelah berdiri depan mesin ATM tu tunggu application diproses tetiba keluar kad sahaja, cash tak keluar, resit tak keluar ... Aku selamba ja ingatkan tak dak apa2. Bila check online.. amik hang! dia dah tolak cash dari akaun aku siap dah kena cas rm1.

Jangan Gelabah!
1. Simpan resit (kalau ada resit)
2. Ambil no mesin ATM. Setiap mesin ATM ada serial nombor dia. So just take note.
3. Call bank yang issue kad ATM tu. Macam kes aku, aku kena call HSBC inform la.
4. Masa call tu customer service akan tanya macam-macam soalan untuk verification dengan bagi details no mesin ATM tu atau no resit.
5. Kalau sama bank, say pakai kad HSBC cucuk dekat HSBC then depa akan return balik dekat hampa within one week. Kes paling cepat esok dapat dah kot. Tapi kalau kata interbank, dia macam take time lama nak arwah! Aku call customer service HSBC dia cakap, disebabkan aku cucuk kat UOB guna kad HSBC, so it takes time 30 - 50hari bekerja. Once ready nanti bila duit tu dah refund masuk dalam akaun aku. Pihak HSBC akan call maklum pada aku.

Dahlah... aku sekarang kena banyak sabar... Tunggu lah nanti masuk dalam akaun, boleh raya balik lah ;)

Bubbye

No comments :

Post a Comment