Harini aku tatau kenapa rasa macam dull sangat. Aku rasa
macam kosong. Mungkin diri tak cukup dengan Allah? Mungkin. Sebab tu aku rasa
kosongkan? Tapi tatau kenapa aku rasa macam masa berlalu cepat sangat, apa yang
dirancang ada kadang menjadi ada yang tak menjadi. Aku macam tengah tunggu
sesuatu yang boleh bagi aku kepuasan. Tunggu tapi aku tatau benda tu ada ka
tak, nak mai ataupun tak.
Lepas kerja dekat KL and balik Kulim, aku realize yang
sebenarnya aku rapat dengan family aku tapi aku jauh dari kawan-kawan aku. Most
of my friends duduk KL, memang membesar dekat KL dan ada yang mastautin kerja
kat KL dan depa ni tak pulak balik kampung halaman sebab kat kampung depa tak
boleh nak offer kerja yang depa nak. Aku ni pun besar rahmat boleh balik Kulim,
sebab dapat kerja kat Penang even though nak kena travel almost sejam
hari-hari.
Aku ingat lagi. Masa aku habis SPM dulu, meriah sangat.
Sat-sat dia ni mai rumah amik aku pi la jalan-jalan mana-mana. Seriously time
tu rasa macam “Wow! Lihatlah dunia, aku dah besar! Aku dah boleh drive, aku dah
ada duit sendiri untuk jenjalan” – sebab masa tu semua pakat buat part time.
Time cuti semua boleh spend duit masing-masing. Aku rasa tu moment yang best
kot dalam part of life transition aku. Sekarang bila aku dah balik dari KL,
stay kat Kulim, kawan-kawan lama aku dah tak dak. Semua dah bawak haluan
masing-masing... Nak cari balik? Susah la. Nak jumpak time raya pun rasa macam
kelam kabut dah. Sebab time raya semua nak spend dengan family, pastu cuti tak
panjang, kerja semua jauh-jauh, nak kena rush balik rumah pulak sebab dah nak
kerja esok-esoknya.
Jumaat lepas. Aku rasa rindu sangat Kuala Lumpur. Aku
mengaku aku tak suka KL. Aku rindu Kuala Lumpur sebab dekat sana aku ada
kawan-kawan. Aku cuba nak spend the quality time with them. Tapi banyak sangat
aral melintang. End up aku tak pergi pun KL tu.
Then apa ja yang aku buat kat weekend ni? Aku melepak dalam
rumah, basuh kereta. Oh yes! Sabtu petang aku shoot masuk pulau, jumpa sidik.
Lepak dalam bilik hostel dia memandangkan dia dah nak habis master tak lama
lagi. Lepas ni, dia dah tak duduk situ dah. Aku actually dah set dalam mind aku
since April itu hari. Bulan 6 ni, Sidik dah last kat penang. Aku kena prepare
mental yang aku dah tak dak geng melepak kat Penang. Yang lain memang la ada,
tapi semua jenis dah berkeluarga, so bila nak ajak melepak ni dia jadi macam
tak berapa nak gila-gila macam dulu ... But then, Sidik dapat offer praktikal
kat Penang untuk 3 bulan, so dia akan duduk kat penang sampai September lah!
Yeay! At least kan ...
But the point is now. Aku still rasa tak best! Aku tatau
kenapa ... aku rasa kosong ...
No comments :
Post a Comment