28 February 2016

Fred'sLife : Rakyat Malaysia Malas!

Salam!

Baru ni kecoh bukan takat media massa malah 'netizen' pun ramai yang bising bila ada satu Hamba Allah ni cakap Malaysian ni pemalas tak nak kerja-kerja berat dan kotor. Nampak sangatlah yang dia tak pernah sebenarnya turun padang dan tengok keadaan rakyat marhaen ni. Depa selalu turun masa ada event saja haruslah benda-benda yang depa nampak tu in a proper way. Cuba turun terkejut tergempaq tak yah habaq kat sapa pun. Masa tu baru la depa nampak macam mana keadaan sebenaq.

FYI, kata taman aku dulu ni orang yang potong rumput dan angkat sampah ni semua orang tempatan Ramai ok depa.. sometimes aku sedekah jugak ayaq kat depa sebab depa rajin lepak depan rumah aku since depan rumah aku ada pokok nak berteduh. Tapi, lately aku tengok kelompok tu dah bertukar jadi kelompok Bangladeshi! Er... terus rasa insecure dok dalam rumah kunci mangga pintu habis semua. Memang la aku laki, tapi kalau ya pun tak nak biaq bagi pintu ternganga terbukak macam tu ja.

Pendirian aku sekarang ni Malaysia  tak pernah malas, kalau kena ngan good pay, they wont matter. Aku sendiri penah buat macam-macam kerja since habis SPM dulu.

1. Kerja Kilang Kosmetik

Dekat area rumah aku ni, ada 1 kilang kosmetik terkemuka lah jugak. Dulu masa aku habis SPM aku kerja kat situ. Antara tanggungjawab aku termasuklah memasukkan bancuhan ke dalam bekas, ada mesin la kan dan juga kerja-kerja pembersihan dalam kilang macam lap lantai, cermin dan basuh toilet. Since aku part time, masa tu aku dapat gaji sebulan 200++ ja... tak best weh sebab sikit gila.. kerja sebulan dapat 200++, masa tu kalau kerja kat 7E pun dapat 700++ tapi lunch free lah, boleh la nak makan lauk apa pun free kat kafe dia tu.

2. Ambik Order kat Restoran dan Bancuh Air

Selepas beberapa lama kerja kat situ, aku kena tukar pergi ke bahagian restoran sebab depa tak cukup orang. Kerja kat restoran ni mula2 datang hang kena sapu, lap lantai, meja apa semua dulu sebelum nak start meniaga. Then bila orang mai, kita pun pi la amik order depa kan. Bunyi macam senang, tapi sebenaqnya bila orang ramai, letih weh p balik p balik sebab hang lah amik order, hang lah hantaq pesanan depa. Mai jenis customer loqlaq depa tukaq order 3 4 kali tak ka rasa nak bebai? aku penah kena dengan 1 geng ni depa mai makan then masa nak pesan tu punya berapa kali nak tukar ordee, memang sangat menguji kesabaran. Ada 1 hari tu, orang bancuh ayaq tak mai, last2 aku kena buat ayaq, depa ajaq la macam mana nak buat ayaq. Dari bancuh jus, ayaq biasa tu sampai lah ke cendol. Penah kena maki ngan customer sebab bancuh kopi ceroi. Hahahaha mana aku tau dia nak macam mana dah kat rumah pun aku bancuh teh atau kopi light2 ja. Gaji kat sini pun lebih kurang RM200++ gak... Tak best

3. Kerja Kilang Fuji (Vendor)

Tak lama aku kerja kat restoran tu sebab penat baq hang dengan pay sikit... member aku Kamil ajak aku p kerja kat kilang Fuji kat Hi-Tech. Situ hang boleh pilih nak kerja pagi atau malam. 8pagi-8malam atau 8malam-8pagi. Kalau kerja pagi dapat RM50 sekali pergi, kalau malam dapat RM70 sekali p. Kerja dia ialah memasang casing, susun dalam kotak then transfer kotak tu p store mana hala entah. Basically kerja situ berdiri sahaja san angkat benda-benda berat. Tapi berbaloi weh! sebab hang p sehari dapat RM50 dan hang tak payah p hari2, kalau hang nak kerja p tumggu depan tempat guardmtu then nanti tunggu depa panggil. Kalau dah penuh nanto depa bagitau la kata penuh. Hang bagi la nama kata nak mai esok pagi. Depa pun noted. Heaven weh.... seminggu aku p kerja 3 hari dapat RM150... muda lagi masa tu xsampai 20 tahun lagi... 150 tu banyak kot tataua nak buat apa. Lama aku kerja kat sini sampailah aku dapat offer masuk belajaq ke Kolej Matrikulasi Kedah.

4. Jaga orang tua dekat Hospital Kulim.

On the last day aku habis program Matrikulasi, on the way back tu ada orang call tanya offer aku nak tak jaga orang tua sakit kencing manis dekat Hospital Kulim. Aku on saja. Kerja aku masuk pukul 10 malam sampai ke 8 pagi. Antara tanggungjawab aku termasuklah menyediakan keperluan makan minum pakcik ni... angkat dia turun bawah bila nurse nak tukar cadar dan angkat bekas besi tahi dia bila pakcik ni nak berak dan kencing. Tu rutin hari2 aku selama 3minggu sebab pakcik ni dia kena dok hospital selama 3minggu. Anak dia semua kerja so kalau berjaga malam macam mana nak kerja esok tu kan, so aku lah yang pergi jaga. Kali ni pay dia lagi best, bayar hari2!!! Sehari dia bayar RM80.. Cuti weekend saja or bila ada orang lain ada untuk jaga dia. Who cares, RM80 kot... bagi aku orang yangndatang dari family kurang berada ni, bersyukur sangat weh.

5. Amik upah buat assignment

Masa aku masuk Universiti, awal-awal aku tak dak transport dan hanya bergantung dengan bas saja. Masa ni aku dah seronok cari duit sendiri dan aku pun tatau macam mana nak buat duit. Then aku dapat idea "buat assignment orang" tapi benda ni bermusim but still dapat duit lebih! Per assignment harga lantai RM50 kalau susah naik jadi RM100. 

6. Teksi Sapu.

Then masa tahun kedua aku ada kancil masa tu dah. Dari kancil aku tu, aku usahakan teksi sapu dalam USM. alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan. Katalah aku isi minyak full masa tu RM60, aku boleh dapat return dalam RM200, which is profit lebih dari 2kali ganda. Dari profit tulah aku buat modal fix kancil aku dari buruk sampai la jadi elok. Aku sayang gila kancil tu, cuma kadang-kadang dia suka buat pasai rasa down jugak tu. Dari kancil tu jugaklah aku dapat macam-macam job lagi.


So nak kata orang Malaysia malas ni tak lah jugak. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Maybe list out kerja aku ni tak lah jadi kongsikong tapak pembinaan, tapi aku pernah ja kerja cuci toilet, sapu lantai, lap cermin dan angkat tahi orang yang completely stranger. Dah kalau nak duit, apa jua kita sanggup buat yang pasti halal. Tapi keadaan ekonomi Malaysia yang semakin menyempit ni lah yang buat kita rasa duit yang kita dapat tu tak cukup atau cukup2 makan sampai ada yang buat 2kerja dalam 1 masa. Sebelum orang suggest kita dah buat dulu. Orang kalau lahir dalam dulang emas, mana nak tahu keadaan orang marhaen ni.


Haish.. sekian brag untuk kali ini.


No comments :

Post a Comment