Keadaan sebelum naik boat... kita loading dulu. BTW, macam ni la rupa bentuk boat tu. Ala2 dalam citer Anakonda |
Starting tahun 2016 ni sebenaqnya banyak projek-projek travel yang di-soft launch kan. Semua tunggu official launch saja setakat ni. Projek yang dah lama soft launch ni termasuklah Projek Boathouse Tasik Banding. Actually aku dah penah join projek Boathouse ni dulu masa mula-mula penubuhan Kaki Rayau Official, aku ni kira menumpang geng tu ja. Aku kenal sorang ja atas boat masa tu, Haidi, yang lain kat atas boat baru kenal, then kami pun beramah mesra la sepanjang di atas boat selama dua hari satu malam itu ...
Sekembalinya aku ke darat, aku pun update la gambar-gambar sepanjang ke Boathouse bersama KRO tu. Tak sangka pulak ramai yang interested dengan aktiviti macam tu dan suruh aku ni initiate program since depa pun nak join! Aku bab nak initiate tu boleh tapi bab planning dan memastikan kelancaran projek tu aku cukup takut, sebab semua atas batu jemala kita kan. Kalau pergi mana sorang-sorang bukan kita kisah sangat, jadi tak jadi semua kita yang pikiaq. Kalau jadi leader ni payah sikit, salah apa-apa nanti semua kita kena balik.
OK, takpalah kalau macamtu aku pun cuba la kumpulkan kekuatan pasukan sebanyak 20 orang supaya cukup bajet nak naik Boathouse ni. BTW, boathouse yang aku ambik ni harga RM1,900.00 untuk 2 hari 1 malam, dan dia ada harga-harga lain jugak, Tu hampa boleh diskus dengan Botman. Kalau hampa nak naik, boleh try contact Abang Zul - 0124674773. Tapi ingatlah yang Abang Zul ni dia selalu ada dekat Banding, since line phone kat sana tak berapa kuat, nanti hampa call kadang tak dapat, whatsapp tak berjawab. Jadi, kesabaran yang tinggi amatlah dititkberatkan.
Mula-mula masa aku plan nak buat trip Boathouse ni, sebenaqnya aku buat untuk buat reunion budak-budak USM aku. So aku pun giatlah ajak sorang-sorang and each one smua on. Aku plan nak p Boathouse ni 1 January 2016 tapi aku dah start plan since October 2015. Day by day macam ramai pulak orang dok tarik diri. Demotivate tok sah dok habaq la, demotivate teruk sebab sat2 rasa excited nak pi sat2 rasa macam tak dak orang nak ikot tak cukup bajet semua. Then aku rasa macam aku nak call off ja projek ni tambah pulak masa tu orang kuat aku untuk masak atas tu Nanad tarik diri pada saat2 terakhir. Siapa nak masak? Nampak macam aku lah nak kena masak dah. Part tu tak pa lagi, bila Nanad tarik diri sebenaqnya orang lain pun dah rasa macam nak tarik diri, sebab Nanad ni kira macam orang kuat la jugak.
Then Nanad dah tolong aku untuk kumpulkan kekuatan pasukan untuk teruskan jugak perancangan ni. Nanad post dalam Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM). Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan. Akhir sekali kami berjaya mengumpulkan pasukan seramai 19 orang untuk launch jugak projek ni.
Hari Pertama
Antara orang kuat aku kat atas Boat - Sidiq, Syidah, Fakhriah & Izyanti Thanks! |
Kami mula naik boathouse pagi tu around 9 pagi. Persiapan untuk naik ke boat tu dari segi barang basah so on and so forth tu semua dah dirancangkan seawal sebulan lagi. Alhamdulillah semua ok cuma ahli jemaah dapur tiba-tiba menjadi panik bila jumlah bilangan air mineral yang diangkut naik ke atas boat kelihatan sangat sedikit dan tidak mampu untuk menampung bilangan jemaah boat yang lain. Kami cuba catu dan cairkan ais sebanyak 2 guni yang dibawa konon untuk simpan ikan yang dipancing dalam kotak berisi ais tu. Greatly, semua ok.
Ahli Jemaah Dapur sibuk nak potong Ikan |
Ikan untuk dicuci, tapi tak la cuci guna Axion tu.... |
Lunch 1st day kami! Lupa dah menu ... Tengok sniri lah |
Untuk aktiviti pada hari pertama, boat yang bergerak dari jeti ke tempat kami akan berlabuh ambil masa dalam 2 jam. So sepanjang perjalanan 2 jam tu masing-masing sibuk dengan aktiviti masing-masing. Semua dah besar-besar dan tak payah bergantung pada itinerary macam kita camping zaman sekolah dengan Universiti dulu. Ada yang sibuk kat dapur masak untuk lunch, ada yang main UNO dan ada yang tidoq lepas drive semalaman dari KL ke Tasik Banding tu.
Dalam otak depa la ni asyik mancing ja ... tak boleh tolong dah |
Dah sampai ke tempat yang kami nak dok tu, apa2 pun makan dulu. So lunch pada tengah hari tu disediakan sendiri oleh ahli jemaah dapur lah. Lepas lunch, dah solat Zohor semua kami plan nak pergi hiking menuju ke satu air terjun ni, tiba-tiba hujan pulak.. So terpaksa delay sat program dok dalam boat main UNO. Ada yang bawak joran, depa try mancing dulu. Tak lama lepas tu, semua pakat menghiking kan diri. Hiking ambik masa dalam 30 minit kot lebih kurang untuk sampai ke air terjun tu.
Ni gambar kat air terjun. BTW tak dak gambar masa hiking ... ada tapi letak mana entah, tapi track dia tak susah cuma bila lama xhike tu jadi mengah |
Balik dari air terjun, ada team members yang masih gian nak memancing, depa teruskan mancing, bagi team members yang lain dah bersihkan diri kami mula setup untuk berBBQ. sambil-sambil tu ada aktiviti berkaroke dan juga tengok movie sampai ke malam.
BBQ! |
Malam kat sana memang hitam pekat, please get prepare dengan kesejukan malam. Depend pada cuaca sebab masa 1st time aku pi cuaca warm2 sikit sebab sebelah pagi tu hujan lebatttt sangat. Kali kedua aku p, sejuk terketar2 even dah berselimut.
Hari Kedua
Feeling Yoga si Piah |
Ramai bangun awal pagi hari kedua tu sebab nak tengok sunrise... Layan betul tengok sunrise sebab suasana kat sana tenang sangat weh. Tak tipu, really jauh dari kesibukan kota dan hang boleh layan perasaan dan buat fikiran hang melayang-layang macamtu ja. Ada yang bakar lebihan arang malam tadi nak panaskan badan sebab sejuk gila malam tadi!
Bab makan tak yah risau la, aku dah prepare siap-siap menu dan barang basah tinggal nak masak ja. Ahli jemaah lain dah tau apa yang ada kat dapur tu, masak lah seadanya. Sementara nak tunggu aktiviti bergerak ke destinasi seterusnya, kami mandi tasik dulu. Mandi tasik lain weh dari mandi laut atau sungai. Laut air bergelora, aku frankly tak suka lah mandi laut. Kalau mandi sungai ok lagi. Mandi tasik tolonglah pakai life jacket, kaki memang tak rasa tanah weh. Entah apa lah ada kat dalam tu and berapa dalam wallahualam. Even yang pandai berenang pun penat gak nak menguak dalam tu.
Suasana dalam tasik berlatar belakangkan Boathouse |
Mula ada yang tak berani turun, last2 tergoda turun jugak akhirnya ... |
Aktivi kami seterusnya hanya bermula pada pukul 12 so sementara mandi apa semua tu, depa spend time atas boat buat lah aktiviti apa yang patut dan menenangkan minda. Masak lunch? of course masuk dalam list. Next stop kami ialah rumah Orang Asli. Kat sini cantik gila view, kampung dia tersusun sangat dan jugak ada jual cenderamata. Kami bawak jajan sikit bagi kat anak-anak Orang Asli ni. Duduk tak lama kat kampung tu ada kot dalam less than 1 jam. Then kami meneruskan perjalanan balik dan sampai ke jeti dalam pukul 5.
Jemaah majlis, dekat pondok jual cenderamat |
Semua bergerak ke dalam nak tengok kampung katanya ... |
Eventhough program very short, tapi aku rasa sangat berbaloi kot dengan experience yang dapat. Dan yang paling best is, hang dapat jumpa kawan-kawan baru!!!
Antara kawan-kawan baru yang terhasil kat sana =) |
Dah Ka Belum?!
No comments :
Post a Comment