04 November 2017

Fred'sLife : Bersawang

It has been so long without posting in this Blog.

Sorry, life is too busy right now.

20 March 2017

Fred'sTravelog : Ao Nang, Krabi, Thailand

Bulan 11 yang lepas, tak semena-mena Bidi ajak join road trip dia naik kereta lah kan ke Krabi to be exact dari Penang ke Krabi naik kereta. Untuk rekod, aku cuma pernah pergi ke bahagian selatan thailand sahaja tak pernah naik atas dari tu, jadi bila Bidi ajak terus why not? Lagi pun dalam Facebook masa tu ramai ja orang dok p Krabi apa semua, so aku pun nak tau jugak apa yang seronok sangat Krabi tu? Frankly, Krabi macam more or less Batu Feringghi pekan dia, pantai dan pulau pulak, Pulau 3 serangkai dekat Sabah tu lagi menarik.

Perjalanan kami seramai 4 orang ni bermula seawal sebelum Subuh, kami berenti solat Subuh dekat RnR Gurun lepas tu berenti dalam lebih kurang 2 jam dekat Pekan Changlun untuk kumpul yang lain-lain dan jugak breakfast. So roughly kami bermula perjalanan dari Changlun ke Krabi dalam pukul 9 pagi dan sampai ke Krabi pukul 2 dekat pukul 3 petang.

20 November 2016

                                  

Separuh perjalanan dari Changlun nak ke Krabi tu kami berhenti untuk lunch dekat Kanittha Cake, tempat ni dia cuma sebelah highway, appearance dia lebih kurang RnR dekat Malaysia sebab akan ada parking lot yang luas untuk kenderaan park dan bila masuk ke situ major part dipenuhi dengan jualan kuih dan kerepek dari Thailand, kalau masuk dalam lagi baru jumpa restoran Muslim. Penjualnya bukan semua boleh bercakap bahasa Malaysia. Fret not, orang Malaysia ni sangat flexible, bila pergi Thailand tak semena slanga bahasa Malaysia akan berubah sedikit ikut loghat Thailand, kalau pergi Indonesia pun lancar ja ngomong Indo nya. So boleh lah cakap sikit-sikit cuma kadang tu nak explain in Malay depa tak faham kena explain in English pun tak faham tu dah tahap kena pasrah ja tu.

Amaran : Minyak Thai sangatlah mahal tapi ada pelbagai pilihan, kau tak mampu minyak 95, minyak 92 ada ... tapi nak ka letak 92 kat kereta hang? Sanggup?
Lunch kami boleh google maps lokasi ni :
Kanittha Cake,
7 Phet Kasem Road,
Tambon Na Yong Nuea,
Amphoe Na Yong, Chang Wat Trang,
92170, Thailand.
(Waktu Operasi : 6,30am - 10.00pm)

                                     

Selesai lunch kami teruskan perjalanan, tak jauh dari Kanittha Cake tu kami stop by pulak kat satu spot ni nama dia Trang Andaman Gateway. Lokasi ni ramai dikunjungi pengunjung luar yang guna highway ni, salah satu sebab monumen yang dibina disitu yang menceritakan tentang pembukaan jalan di situ tak lupa kat situ jugak ada toilet free boleh digunakan.

Basically macamnilah keadaan atas bot, masa nak masuk dalam gua tu dah tak boleh pegang kamera, sempit dik, susah nak amik gambar
Lokasi kedua kami berhenti untuk hari pertama tu ialah Khao Kob Cave. Untuk masuk ke gua ni perlu membayar 200 Bhat. Tapi, gua ni tak sesuai untuk orang yang fobia tempat sempit dan gelap -clautrophobia sebabnya, anda akan berada di dalam perahu dan dikehendaki berbaring sambil permukaan gua berada hanya beberap inci daripada muka anda. Ha ... tapi memang menarik sebab kita akan menyusuri gua yang dipenuhi air, sempit dan ambil masa kurang dari setengah jam kalau tak silap. Bagi yang tak nak masuk gua, kat luar gua tu ada tempat mengurut kaki, orang Thailand kalau mengurut memang terbaik la ... terasa urat-urat terkendon tu betul balik =)

Tulisan Siam tu maksud dia "Seashell Resort"
 Tempat penginapan di Krabi kami pilih kawasan yang terletak 10mini away dari Ao Nang, tak pekan sangat, kami check-in ke Seashell Resort, bilik dia sangat-sangat besar dan ada 2 king size bed and aku duduk sebilik dengan Bidi. Punyalah luas bilik tu, bilik air pun luas.

21 November 2016

Hakak ni yang tebar roti canai ok... Roti dia besar-besar kenyang baq hang.. sini comel-comel kadang rotinya
Seawal pagi kami dah mula keluar dari resort untuk mendapatkan breakfast dekat Simpang 3 nak masuk ke Pekan Ao Nang bersebelahan dengan 7 Eleven dekat roundabout tu.  Dekat Thailand, breakfast depa macam nak makan tengah hari, pagi-pagi lagi dah ada nasi kerabu dengan ayam goreng yang sedap. Bagi yang tekak selera desa walau jauh diperantauan, roti canai masih boleh didapati disini tak lupa juga kuih muih yang rasa macam dekat Malaysia tapi bentuk dan nama dia lain sikit. Satu ja nak pesan, air kat sini depa bancuh kalau dok 4 5 hari aku rasa tak lama boleh kena kencing manis! So everytime aku order air manis aku akan make sure aku akan order jugak air kosong atau mineral untuk ditop-up kan.


Ni pulak tengah dok beratur nak order nasi kerabu lauk ayam goreng
Aktiviti kami untuk hari ni bertumpu kepada pulau-pulau yang terdapat berdekatan dengan Ao Nang, Krabi ni. Seharian dihabiskan di Phra Nang Beach, Tup Island, Poda Island, James Bond dan Chicken Island.
Kenderaan kami dari resort ke jetty nak ke pulau

Belakang tu Chicken Island - kepala ayam, kami lalu ja tak stop pun kat situ...

Poda island ni pasir dia putih air dia jernih tapi tak dak pun batu karang ka apa ...

Dari Poda Island boleh nampak James Bond.. lupa pulau kenapa panggil James Bond, kami p snorkel keliling JB tapi tak nampak apa,, gelap dan sejuk ja ...

Ahli Jemaah kereta Bidi

Setelah seharian membakar kulit, petang tu sampai ja ke resort terus berendam dalam swimming pool, kulit masa tu dah rasa macam garing-garing dah. Terbakar, kering dah rasa pelik dah masa tu tambah pulak cuaca kat Thailand ni bukan macam kat Malaysia, panas dia lain macam. Boleh buat gaduh panas dia, macam kena cucuk-cucuk dengan jarum.

Selesai berendam dekat setengah jam tu, sambil-sambil plan dengan budak-budak ni malam nak buat apa. So petang tu kami sewa motor bawak sendiri ke pekan Ao Nang tu. Lagi mudah naik motor skuter dari naik kereta kat situ, sebabnya kalau naik kereta nak mencari parking kereta tu susah betul. Kalau motor ni, sepanjang jalan tu dah memang tempatnya nak park motor.

Pemandangan Sunset kat Ao Nang - gambar aku tengah isi minyak motor hilang la pulak .. ada gambar tu nak tunjuk kata petrol pump dia guna mesin macam kita dok isi air mineral tu .. power.. tapi kalau tengok mesin tu macam nak runtuh dah

22 November 2016


Bagi makan pun dok seriau satgi dia gulung dengan tangan kita sekali.
Hari terakhir kami kat sana, bangun tak dak lah awal sangat sebab nak buy time siap-siap nak balik dah. Aktiviti pertama .. Elephant Trekking, tapi aku cuma bagi makan sahaja tak naik sebab kesian dekat gajah-gajah tu. Satu sebab aku ni sedia berat, dua sebab sebelum aku datang aku ada tengok video macam mana orang train gajah tu supaya dengar cakap and boleh bawak manusia yang azalinya tak mampu pun nak tanggung beban belakang dia.

Selesai aktiviti Elephant Trekking, kami gerak ke 7 Heaven yang nama ja heaven tapi panas dia nauzubillah.. 7 hell, panas gila macam nak terkoyak kulit dah masa ni ... tapi anak-anak Thai yang pergi buat aktiviti sekolah kat situ boleh lari-lari macam tak dak apa-apa.. Aku keluar sekejap ja, nak amik gambar pun tak dak mood dah. Terus aku suruh Bidi start kereta, aku nak dok dalam kereta .. lepas orang nampak aku dalam kereta, semua pakat balik duduk dalam kereta.. rupanya semua tak tahan dengan cuaca tapi gagah jugak sebab boleh amik gambar cantik-cantik dengan cuaca panas macamtu.

Settle kat situ terus shoot ke Emerald Pool! Then baru heading balik .

Air Super Jernih 
The Jemaah


Sejuk hati tengok air macam ni

Aksi Lompatan

Sekian, sengaja nak kena habiskan write-up ni malam ni jugak, walaupun sebenarnya ada banyak lagi nak cerita sepanjang trip ni tapi mood Krabi dah habis and next post nak cerita tentang Jogja, jadi kena habiskan cerita Krabi dulu ...

Nantikan write-up trip Jogja pulak, lepas Jogja, Perhentian lepas perhentian ???



02 January 2017

Fred'sLife : Selamat Datang 2017



Kalau ikotkan kepada aku punya chronology dalam blog ni, nampak macam dah almost 9 years aku dalam dunia blog, macam-macam cerita yang aku rasa nak brag aku tulis kat sini. Some info some bragging, it's my blog somehow. Aku suka buat esei-esei panjang ni.

Harini; 2/365 of Year 2017. Selamat Datang 2017. Soon dah nak menganjak ke umur 27 tahun dah. For the past year - 2016 banyak memori yang dah aku buat, pahit & manis. Generally, 2016 merupakan tahun yang comprises of macam-macam element. Tahun lepas jugak, new year aku 
sambut dengan sahabat-sahabat dekat atas boathouse.



2016 : Tahun Paling Banyak Trip
Maybe sebab aku rasa dah stabil sikit kot, tahun 2016 merupakan tahun yang paling banyak aku join/organise trip tak kira jauh mahupun dekat. Kalau nak ikutkan tahun-tahun sebelum tu, macam tak berjalan sangat, tak bergerak sangat, banyak duduk rumah tengok TV. Trip 2016 dimulakan dengan percutian atas Boathouse dekat Tasik Banding/Royal Belum, Panjat Gunung Baling, Sabah (Kota Kinabalu) Trip, Ao Nang Krabi Thailand Trip dan aku nyaris-nyaris ikut ke trip year end 2017 ke Bangkok, tapi disebabkan kekangan waktu kerja, so tak jadi pergi



2016 : Officially Tahun Dapat Kunci Rumah Pertama
Since 1st job, teringin nak ada rumah sendiri, konon boleh escape dari family, at last even dah ada rumah sendiri, aku sewakan saja dari duduk, If not, aku kena bayar monthly while duduk sorang. So baik aku duduk dengan family, dapat income, duit lebih buat simpan.



2016 : Settlekan Tunggakan PTPTN
Frankly, aku tak penah bayar PTPTN since grad dan masa aku beli rumah, enforcement regarding PTPTN tak ketat lagi so aku lepas untuk beli rumah pertama. Next, aku dapat invitation untuk Rumah PR1MA, bila check dengan BNM nama aku dah naik CCRISS, malu baq hang!  So terpaksalah settlekan tunggakan PTPTN takut pulak nanti nak melancong tak lepas. Nasib dah kerja lama, duit KWSP Acc 2 ada, amik yang tu settle dulu.

2016 : BFF depleting
Yer, semua kawan baik dah kahwin dan masing-masing dah ada life sendiri. Hampir kesemua kawan baik aku punya kenduri kahwin aku pi tak kira sejauh mana sekalipun, waima ke Johor, Pahang, Kuala Lumpur, Alor Setar, Perlis semua aku pi nak meraikan hari bahagia depa. Tak tahulah bila turn aku, tapi kalau dah sampai jodoh, ada turn aku, depa tak mai aku dah bersiap sedia dengan tu semua. Aku dah dapat rasa jawapan cliche : anak tak sihat, bini loya-loya tak boleh travel jauh, anak nak masuk sekolah, mak mentua buat kenduri, ada family day belah biras etc so on and so forth. 



2016 : Kianat Mengkianati / Pecah Belah
Tahun ni jugak ada adegan aku dengan member aku yang saling kianat mengkianati dek salah faham masing-masing, dan ego yang tak dak siapa nak tunjuk dia lemah. Once dah give up, hubungan persahabatan semakin retak dan renggang padahal dulu dia punya relation kukuh dan utuh. Aku tak dendam dengan kawan aku, tapi aku rasa tak puas hati dengan orang yang pecah belahkan aku dengan kawan aku. Aku nih jenis sayang kawan-kawan, so bila dah sayang, orang lepak dengan kawan aku sendiri pun aku rasa jeles. But now, not at all. Aku dah rasa kebal dengan cara aku sendiri. You can come and you can go, sebab tak ada benda yang kekal dalam dunia nih & kawan aku sendiri penah cakap "Jangan belajar terlalu sayang benda/orang, susah nak lepaskan" which is tak termasuk keluarga ok, keluarga memang kita kena consider lebih dari strangers. Sekarang ni, aku rasa aku nak get neutral, hampa tak mau contact aku, aku dah tak kesah sebab aku pun kalau boleh dah tak mau burden kepala dengan masalah remeh yang tak mematangkan usia.


 
Banyak drama adegan dalam 2016 haritu, harap 2017 akan dipenuhi dengan laluan yang lebih mendewasakan kita semua. Amin.

01 January 2017

Fred'sLife : Rumah Pertama!

Semasa rumah sudah siap, tinggal infraworks saja

Tahun 2015 officially a year aku sign SNP and owned by very own house.. Alhamdulillah =)

Since first job aku dah start target untuk beli rumah, tahun pertama kerja was 2012 dan masa tu aku cukup terpikat dengan satu SOHO dekat damansara ni, Empire Damansara. Kalau tak silap aku masa tu harga dia dalam RM250k, SOHO dengan harga macam tu aku berkenan, tapi dengan basic masa tu RM1800 ja, den tak mampu, since then aku dok belajar usha rumah, tengok sana sini survey price all that.

Koleksi Harta Dunia
After a few times tengok rumah2 ni, at last aku buat keputusan pada tahun 2014 untuk ambik rumah dekat Sungai Ular, Kulim, landed single storey terrace harga dia RM245k, submit loan semua dah lepas, then aku nak try submit ke bank rimau nak check berapa rate aku boleh dapat. Masa tengah2 dok kat bank tu dok sembang ngan 1 mat ni dia baru beli rumah kat Kulim Techno City, harga dia RM235k design baru bagai semua. So aku pun pegi tengok, once dah tengok tu aku terbekenan design kat KTC ni lagi dari Sg Ular, so terpaksalah aku burnkan depo aku kat developer rumah kat Sg Ular, burn RM1,000 gak.. tapi hati dah berkenan. Orang kata kalau kita suka yang kedua dan lupa yang pertama, maksud dia kita lagi suka kedua dari yang pertama (Lebih kurang lah ayat dia)

Grill dah siap =)

Wiring + Lampu semua dah siap =)

Banyak dugaan dia weh masa first time nak beli rumah ni, kita dah lah first time, parents pulak beli rumah cerita 10 15 tahun dulu depa pun tak ingat dah prosedur, so aku merangkak sambil tanya kawan-kawan yang recent tak berapa recently beli rumah. Aku bayar booking rumah dan deposit somewhere around August 2015, lepas tu aku tunggu agak lama jugaklah untuk developer panggil sign SNP after settle everything yang sepatutnya. Bulan 3 2016, baru depa start panggil, pihak developer and lawyer dok call panggil sign itu ini. Tak berhenti kat situ ja, lepas dah sign semua, depa panggil aku lagi sekali untuk aku sign balik doc sebab depa ada tukar Schedule dalam tu which cause me to reduce the DLP maksud dia kalau sebelum ni tempoh kecacatan yang ditanggung pihak developer 2 tahun sekarang cuma cover untuk 1 tahun. Banyak betah jugak la, last aku sign ja dan the moment aku dapat kunci tu aku check thoroughly rumah tu. Not bad workmanship depa cuma ada certain part yang aku tak puas hati, aku highlight.

Abah dengan signboard jalan nak masuk rumah

Dia ada timeframe tu dari tarikh kita sign SNP ke tarikh duit dari bank disburse semua sampai ke tarikh kita dapat kunci. Kali ni pihak developer bagi kunci kat aku lambat dari sepatutnya. Kunci rumah sepatutnya aku dapat before Raya Puasa 2016, tapi aku dapat selepas raya and lepas raya start panggil lah quotation untuk orang buat grill dengan wiring lampu kipas semua. Both orang grill dengan wiring aku saaaaaangatttt problematic weyh. Sebelum panggil orang buat semua tu, aku panggil 3 4 orang jugak datang quote price untuk aku, and both are the lowest price. Kualiti elok, memang tak bangkang, tapi lambat weh, tahap menunggu dia boleh meledak-ledak darah ni. Grill janji nak siap dalam 2 3 minggu, jadi 2 bulan! Wiring janji siap seminggu dua jadi 1 bulan! Kau mampu.. Sudahnya, lepas Raya Haji baru boleh cuci rumah bagai. Sekarang ni, alhamdulillah, dah ada orang sewa dah.

Ibu dengan address plate rumah

Target aku lepas ni sebelum cecah umur 30 aku nak look into another property. Landed property jugak, maybe nak go for area Bertam? Pastu beli kat dalam Pulau, then nak beli kat KL! Once dah beli rumah ni, kita nampak kat mana dia bercambah jadi macam satu ketagihan tau. Apa2 pun, selagi ibu masih ada ni, aku selalu cakap kat ibu doa untuk aku kalau aku nak apa2, setakat ni alhamdulillah, apa aku nak, aku doa, aku cakap kat ibu, minta ibu doa, semua dapat..