09 December 2011

Fred'sLife : Saya Ada Ramai Kawan tapi Saya Takdak Kawan! pART 2

Semenjak aku masuk ke alam universiti ni,aku rasa aku hilang kegembiraan dan kenikmatan bersama kawan-kawan macam aku pernah alami masa sekolah menengah dan juga zaman kolej dan aku sendiri rasa pelik kenapa aku tak boleh nak 'bekerjasama' dengan persekitaran baru ni, dari aku Tahun 1 sampai la aku Tahun 3 sekarang ni.

Maaf kepada kawan-kawan se-universiti yang mengenali aku secara rapat mahupun tidak, blog post ini bukannya bertujuan untuk menghentam anda,tetapi medium ini merupakan medium yang aku rasa baik untuk aku tulis cerita aku ni, sebab aku rasa aku tak dak kawan untuk aku kongsi cerita.


Aku sedar,aku ada ramai kawan-kawan,keliling aku kawan-kawan aku,tapi bila datang satu ketika aku rasa aku tak dak kawan. Tak dak siapa nak peduli kat aku, nak tanya pasal aku. Tak macam masa aku zaman sekolah dan kolej, hidup aku sentiasa rasa terisi, tapi bila zaman universiti,aku rasa kosong,keseorangan dan tak dak siapa nak ambil kisah. Paling menyedihkan bila kawan yang aku anggap kawan,tapi aku rasa dia tak hargai pun aku anggap dia sebagai kawan.

Bagi kawan-kawan karib aku,mungkin diorang tahu yang aku ni jenis pentingkan sangat-sangat nilai persahabatan tambah-tambah lagi kalau kawan baik,tapi maaf untuk yang pernah buat tahi dengan aku, aku memang jenis tak boleh nak toleransi. Sekali dah buat tahi,aku rasa aku tak boleh nak jadi macam biasa,cumanya,aku masih boleh berkawan tapi tidak lagi macam masa aku kenal awal-awal. Itu memang perangai aku dan aku tak rasa aku akan ubah sebab aku suka cara tu,itu salah satu cara untuk aku 'protect' diri aku sendiri.

Dekat sini,siapa saja lah yang nak sangat dengar cerita-cerita aku.Kalau zaman sekolah dengan kolej,ada ja masa antara kawan-kawan aku,yang kami akan cerita,cerita masing-masing,saling mengenali malah lebih rapat dan menghargai antara satu sama lain.Mungkin juga ini satu kejutan budaya buat aku,sebab aku tak dapat nak menyesuaikan diri aku dalam universiti tempat yang aku sedang belajar ni.

Atau,mungkin disebabkan aku selalu diangkat sebagai ketua,orang susah nak berkomunikasi dengan aku sebab orang anggap aku sebagai ketua.Alhamdulillah,aku pegang jawatan ketua studio dari aku Tahun 1 sampai aku Tahun 3,tanpa seorang pun pencabar terdekat dan aku hargai sangat kepercayaan orang yang dah amanahkan buat aku. TAPI, korang tahu tak? Aku teringin sangat nak jadi student biasa yang tanggungjawab dia hanya buat tugasan dan terima arahan. Susah malah jarang sama sekali aku dapat peluang tu. Sejak dari Tahun 1,sampai sekarang,aku rasa aku hanya dapat peluang tu 2 hingga 3 kali,itupun untuk semua kelas dan studio yang aku hadiri. Balik-balik muka aku la yang akan jadi ketua, uruskan hal-hal antara kelas dan pensyarah, habiskan kredit aku untuk buat panggilan kepada pensyarah, text kawan-kawan (nasib baik ada facebook,tapi kalau nak cepat kena text/call juga), semua tu kerja sukarelawan yang aku tak pernah pun nak minta claim duit topup atau minyak kereta aku bila aku perlu ulang alik dari hostel ke pusat pengajian pada satu-satu masa. Aku anggap itu sebagai amanah orang,padahal korang mesti kenal dengan perangai kedekut aku ni kan? Bila datang bab amanah, kita kena pegang pada amanah dan jalankan sebaik mungkin. Alhamdulillah, setakat ni tak ada lagi orang yang muak tengok muka aku jadi ketua. Kalau ada,aku minta maaflah yer. Bukan aku gila kuasa,pernah beberapa kali aku tolak jawatan sebagai ketua, tapi bila kena sinis dengan pensyarah,apa lagi yang kita boleh cakap?

Ada satu pepatah yang pernah aku baca, 'Ketua merupakan seorang insan yang terkeluar dari kelompok masyarakatnya sendiri',maknanya di sini, kalau dia masih berada dalam kelompok masyarakat, dia bukan ketualah.Itu apa yang aku faham daripada pepatah itu dan aku sendiri sedar yang aku ni memang terpisah dari orang lain pun.But somehow, aku masih lagi boleh survive hidup sorang-sorang. Kadang-kadang, aku nak ada kawan yang sentiasa ada disebelah aku,untuk aku cerita apa saja yang aku nak cerita,tapi aku tak jumpa sapa-sapa yang sesuai pun kat sini. Nak cari pasangan? Aku tak berminat dengan perhubungan macamtu lagi buat masa ni. Aku tak berminat dengan sebarang komitmen.Aku cuma nak ada kawan dan teman supaya aku tak rasa kosong. Buat masa ni, Ibu aku kawan rapat aku, apa-apa masalah dan cerita aku akan bersembang dengan Ibu,tapi bukan semua perkara boleh aku kongsi dengan Ibu.

Pernah aku rasa terkilan dengan beberapa orang disekeliling aku, bila aku jalankan tanggungjawab aku sebagai ketua,setiap nota yang pensyarah bagi atau apa-apa sahaja,aku akan cuba sebarkan kepada semua yang patut tahu,tapi bila datang masa aku perlu beri komitmen luar atau sebagainya,bila balik kuliah,orang lain akan ada certain nota,dan aku tak ada nota tu, bila tanya mana dapat nota ni, diorang akan cakap SI POLAN yang edarkan, persoalannya kenapa aku tak dapat? Jadi,macam manalah aku tak persoalkan nilai persahabatan antara 'kau dan aku' bila kes macam ni berlaku. Cuba letakkan diri korang dalam tempat aku,mesti korang fahamkan perasaan dia macam mana tapi semua tu aku dah telan sampai dekat aku dah nak habis belajar dah pun dekat sini. 

Aku sendiri tak tahu,sama ada ini takdir aku ataupun balasan atas kesalahan yang aku buat pada orang lain. Seingat aku,aku tak pernah nak menganiaya orang sebab aku pegang pada konsep If you respect others, others will respect you. Dan selalunya,orang yang tak menghormati aku itu merupakan orang yang aku tak hormati juga -- true story, mungkin dia ada sejarah hitam dengan aku.
Kawan-kawan yang baca blogpost aku ni,aku minta maaf seandainya aku ada buat korang terasa hati dengan aku dan aku ada buat korang rasa tak selesa dengan aku. Aku buat post ni sebab aku rindu nak ada kawan-kawan macam dekat aku zaman sekolah dan kolej.Tapi kalau tak dapat pun,aku tak ambil hati sebab aku tahu yang aku masih ada kawan-kawan yang masih menghargai aku

TERIMA KASIH KAWAN!

1 comment :

  1. bersabarlah.khidupan kat uni mmg lain sgt drpd khidupan kat kolej or sekolah. just remember, cukuplah Allah sbg teman. :)

    ReplyDelete