13 October 2010

Nino & Dido

Hari ni, 13 Oktober 2010, tatau kenapa aku rasa hari ni macam sedih sangat.

Aku teringat kawan-kawan baik aku yang duduk jauh especially Azureen Ainan, Epol ngan Faiq.
3 3 orang aku dah call/mesej. Tapi sedih aku tu tak hilang-hilang jugak. Nak kata rindu, tak dak lah rindu pun sebab rasa-rasa aku, aku baru ja jumpak budak2 tu 2 3 minggu lepas.


Yang dekat di mata aku macam Syahmi, Pah, Kery ngan Chick, aku rasa cam diorang jauh dari aku pulak.Aku ada ramai kawan tapi aku rasa aku sorang-sorang. Yang aku tau, aku sibuk belakangan ni, dengan assignments yang bertan-tan banyaknya dan jugak aktiviti studio & berpersatuan. Tapi alhamdulillah semua tu aku dapat hadapi dengan tenang.

Hari ni, dah masuk hari ketiga aku plan nak balik ke rumah, jengok ibu dengan tok sambil-sambil tu boleh jugak aku pamperedkan baby aku. dah lama aku x basuh dia dengan tangan aku sendiri.

Yang aku fikirkan sekarang nih aku rasa macam aku perlukan masa untuk diri aku sendiri. Tapi, setiap masa dengan kawan-kawan tu bernilai sekarang nih, memandangkan syahmi tak lama lagi dah nak keluar dari USM meneruskan kehidupan dalam alam pekerjaan yang sebenar pulak, tak der dah nak jadi PKS2 nih ... yang tak best nya, dalam ramai2, dengan dia ja yang aku boleh buat sesi bahu membahu nih, dengan orang lain, mcm x boleh masuk ja nak membahu nih, then lepas dia kuar aku nak kena cari bahu orang lain lah pulak ... (",)

dan
kalau diorang baca blog aku nih, aku nak cakap yang aku dah mula appreciate kewujudan diorang dalam hidup aku kat usm nih & diorang nih ibarat pengganti kawan-kawan baik aku a.k.a ninos kulim aku (Faiq a.k.a Ben, kawan baik matriks aku)

Aweeno
Aino
Jehanito
Epolito

dan dengan ini aku kurniakan darjat dido kat budak2 usm nih, he he

Kerydo
Syahmido
Chikidi
Pahidi (Sorry pah kalau x sedap!)

Diorang lah yang menceriakan hidup aku, teman aku, tapi x lupa, buat nino2 aku, hampa selalu ada bila aku perlukan, bila dengan nino, kami mengambing tapi bila ngan dido, kami memondan ... setiap masa dan perkara yang aku luangkan mesti ada ja bahan nak kenakan antara satu sama lain ... (memang lahabau)

No comments :

Post a Comment