21 October 2010

Penang Bukan Lagi Pantai Mutiara!?

Penang bukan sahaja Pantai Mutiara bahkan Pulau Pinang (dalam bahasa melayu-nya) merupakan Syurga Makanan! pelbagai hidangan makanan yang boleh nak dapat kat penang nih, nasi kandaq memang tok sah dok cerita lah, aci2 p jolok tang mana2 cerok pun, mesti jumpak kedai nasi kandaq ...


tapi tak lupa jugak.. selain kedai nasi kandaq, penang nih ada banyak lagi benda2 makan yang boleh tambat hati manusia2 yang menolak nasi kandaq sebagai makanan harian depa... makanan2 yang dimaksudkan adalah nasi tomato dan nasi dalca ..

sepanjang pengamatan aku berada dalam pulau ni, memang 3 hidangan nih menjadi hidangan yang dicari2 bila sampai penang. nasi kandaq kita letak tepi sat, kita sembang pasai nasi tomato dengan nasi dalca (baru sebut, ayaq lioq aku dah kecoq dah nih!!!)

baru ja sat2 td aku jumpak blog senior aku kat www.wanazwani.com, dia x kenai aku tp aku kenai dia... dalam blog dia nih, sembang pasai mcm2 tempat makan! memang hebatlah kak wan! tempat makan mu memang menambat hatiku... FYI kak wan, i'm a foodhunter too!

ok nasi dalca yang paling tersedap sungguh di area2 USM ni dekat dengan Halalan Toiyiban Mart, sebelah kedai tu ada gerai2 kecik yang juai mcm2 makanan hawker style! cendol, laksa buyung, mee goreng, cucur udang dan yang paling kena sarbu adalah NASI TOMATO!

gerai2 kat sini aku tak sure bukak pukul berapa tp asal pukul 3 aku p, dia dah mula berniaga tapi utk nasi tomato..pukul 5 baru bukak, tapi jangan terkejut kalau nampak mak cik tu br nak angkut bekaih p ke kereta tolak dia, tapi orang dah mula kerumun! gila r! sebab sedap sangat!! dap erh!! dan menjelan pukul 6 (rasanya sebelum pukul 6) nasi tomato dah habis... dan yang tinggal hanya nasi putih dan lauk2 yang tak berapa nak kick!

lagi 1 kedai nasi tomato yang sedap (yer kak wan ..) adalah kedai yang terletak di kawasan flat area jelutung.. dekat ja dengan nasi lemak liverpool...

pastukan.. aku dh malas nak taip .. nnt aku sambung pulak lah ...

No comments :

Post a Comment