Serious NOOB!
Pagi tadi setelah keluar dari KELAS TANAH, jumpak dengan Farah, dah lama tak berceloteh dengan kawan aku nih, then aku pun ajak dia kuar minum2... destinasi : tempat yang menyediakan tosai, tiba2 aku teringin nak makan tosai.
Jadi, aku cadangkan Mahera, selalu dengar nama Maheran nih,tapi aku tak pernah pergi. Semua yang pergi berjumlah sebiji Perodua Kancil - My Baby - PFB 2849, ahli majlis mesyuarat tertinggi terdiri dari aku sendiri, Kamal, Farah, Ain Nadia dan Poojah!
Setelah lama tak sembang tatkalau duduk semeja, macam2 cerita lah yang dikeluarkan. Contohnya:
(i) Air KoTe (Kopi + Teh)
(ii) Berak Tak Tutup Pintu
(iii) Mandi Bogel Tak Kunci Pintu
Memang topik hangat! tapi setelah sembang punya sembang, air KoTe tu memang betul2 wujud (maaf pelajar dari Kelantan&Terengganu mungkin tak tahu KoTe tu apa,sila minta tunjuk ajar pelajar2 dari negeri lain...hehe).
Nama lain bagi air KoTe rupa2nya adalah Air Cham Ais ...
Menu yang kami pesan di Maheran
Faiz : Paper Tosai + Teh Ais + Cekodok + Kuih Kria
Farah : Paper Tosai + Teh Ais
Kamal : Roti Kosong Banjir + Teh O Ais
Pujah : Roti TELUR BANJIR KELANTAN + Teh O Ais
Ain Nadia : Nasi Lemak + Cekodok + Kuih Kria + Teh O Ais + ROTI MILO!!!
gila buat pertama kali nya aku dengar pasal ROTI MILO!!
Gambarajah 1.1
menunjukkan sekeping ROTI MILO
Gambarajah 1.2
menunjukkan ROTI MILO yang telah siap diTEBUK
Gambarajah 1.3
menunjukkan muka aku tatkala menikmati ROTI MILO milik AIN NADIA
Apa2 pun terima kasih kepada Ain Nadia kerana memperkenalkan Resipi Baru ke dalam Menu Makan2 Faiz. Jadi aku akan update makanan nih dalam Faiz Fan Club! Thank You!!!
No comments :
Post a Comment