23 March 2011

FoodHunters (BumperEditionMarch) : Mee Sotong Padang Kota!

23/3/2011 ... sejuk doh malam ni ... malam-malam sejuk macam ni dapat makanan panas-panas mesti mariii .... dapat tomyam kung ka, sup ayam dengan sotong goreng tepung, dapat air markisa pulak ... pergh .. terangkat!


and aku baru teringat yang aku ada pernah menjejakkan kaki ke satu tempat makanan yang agak femes dan menjadi tempat tarikan ramai iaitu Mee Sotong Padang Kota!

Padang Kota Pulau Pinang ni ada dua, satu Padang Kota Lama dengan Padang Kota Baru, Padang Kota Lama terletak di belakang Dewan Sri Pinang manakala Padang Kota Baru pulak terletak bersebelahan dengan Gurney Plaza.

Tambahan : Kawasan makan-makan di Padang Kota Lama terbahagi kepada 2 bahagian, satu dekat sebelah laut iaitu betul-betul belakang Dewan Sri Pinang, manakala satu lagi terletak bersebelahan dengan Fort Cornwalis.


THE MEE SOTONG!

22 March 2011

FoodHunters (BumperEditionMarch) : Penang Selected Laksa @ Laksa Janggus

Susah sangat-sangat nak update blog sekarang ni bila dah ada dalam hostel atau dalam USM sebab connection sekarang sangat hight traffic (mungkin) ...

Edisi kali ini membawa para pembaca ke kawasan yang sedikit jauh dari USM (bagi pengikut yang datang dari USM).

THE LAKSA JANGGUS!!!

19 March 2011

FoodHunters (BumperEditionMarch) : Mikki's Western Junction

Assalamualaikum buat semua follower FoodHunter's sekalian, setelah sekian lama aku tak dapat nak update blog kesayangan aku ni, kali ini insyallah aku kembali dengan edisi Bumper Edition la, so aku akan update sebanyak yang mungkin tempat-tempat makan yang pernah aku pergi sepanjang blog aku ditinggalkan bersawang ni, disebabkan oleh oleh masalah yang wujud seperti yang aku dah explain dalam blogpost aku sebelum ini.

Edisi kali ini aku nak bawak penggemar makanan barat ke satu gerai. Gerai??? erm... Sebenarnya it's a restaurant tapi susun atur restoran ni bukan macam restoran makanan barat yang lain yang menghidangkan menu makanan barat yang best-best macam The Ship, Victoria Station, dan yang seangkatan dengannya TAPI rasa dan cara hidangan yang dipersembahkan mampu menarik minat aku untuk mencuba menu disini. Kalau korang selalu lepak dekat golf club ha ... lebih kurang la cara dekat golf club tu dengan kat sini.. (mungkin chef dia pernah kerja dekat2 sana ka macam mana entah.. aku tak interview ..x cukup kakitangan keyh ...)

YES! memang THE MOST REASONABLE PRICE IN TOWN ...!

FoodHunters : Special Invitation

Fuh.. akhirnya aku dapat jugak kebebasan berinternet bila balik rumah ni... Lama tak update blog.. bukan tak nak update tapi internet dekat USM sekarang ni SUPER SLOW, mungkin pertambahan pengguna dalam USM kot buat dia tak mampu nak tampung dan SUPER LOADING kalau nak buat apa-apa ... Nampaknya macam nak kena subscribe broadband pulak la ...



Balik rumah main Streamyx rasa lapang dada, lepas nih nak buat proposal minta tukar Streamyx pergi Unifi lah pulak ... apa tu Unifi? Google ok .. kalau nak aku cerita nanti bila aku dah subscribe Unifi kat rumah ni baru aku buat review Unifi. Alhamdulillah, Unifi bukan saja ada dekat Kuala Lumpur, kat Kulim-fornia ni pun dah sampai.

Ok.. dah lama la aku tak buat review Foodhunters aku kan, bukan tak der tempat-tempat best, tapi (1) internet slow - susah nak update, (2) busy dengan studio - so aku cuma sempat nak update twitter & facebook saja, tapi Twitter ngan Facebook aku sah-sah tak dak kena mengena dengan Foodhunters .


NEXT, aku baru-baru ini agak terkejut bila aku dapat 1 Private Mesej dalam Facebook, 1 mesej invitation!!! woot woot ...



Ha .. ninjia ... invitation yang aku dapat tu ... ALHAMDULILLAH rupa-rupanya blog aku ni diterima ramai ...

P/S : Encik Zuls Burger Penang ... tak lama lagi aku p serang dengan angkatan tentera aku dalam masa terdekat nih, lepas tu nantikan kemuculan gerai anda dihurung pengikut-pengikut tegar aku insyallah tu pun kalau menepati cita rasa aku dan bala tentera aku ... kalau tak, tak dapek den nak menolongnya ..