09 January 2013

Fred'sJourney : Pencarian Rumah Sewa

Bila dah dapat saja kerja dekat area Kuala Lumpur ni, benda pertama sekali terlintas dalam fikiran adalah tempat tinggal... mana aku nak tinggal? hum, takkan nak duduk rumah tok sedara aku kat selayang tu? rumah pak cik aku dekat gombak tu? bukan tak nak, tapi masalahnya, aku rasa tak selesa nak kacau depa kat rumah.. nanti bila aku dah tinggal dengan depa, nanti depa nak kena siap2 makan minum apa semua, tak best lah kalau macam tu ... jadi maka dengan itu, bermulalah episod pencarian rumah sewa di Kuala Lumpur ni.

Tak berapa nak terkejut badak sangat bila nak kena menyewa bilik dekat sini harga macam sewa rumah dekat Kulim ... dekat Kulim masa zaman aku kecik2 dulu, sewa rumah teres setingkat 3 bilik dengan 1 bilik air dalam RM280 .. tapi sekarnag ni aku menyewa dekat Damansara, Pelangi Damansara, bilik saja dah RM350. Redha jer lah ...

Dulu akak aku duduk dekat Flora Damansara... tapi sekarang dia dah balik ke hometown, sebab sambung belajar, sambung master pulak, dulu lepas dia habis belajar dekat MMU dia kerja kat kawasan sini 2 3 tahun jugak, lepas tu dia cadang nak persue study, alhamdulillah dapat, dekat USM pulak tu, bukan senang nak dapat USM sambung belajar... so seandainya dulu dia duduk dekat Flora Damansara boleh lah jugak aku menumpang dia buat sementara waktu, jadi tak rezeki maka aku kena cari bilik sewa aku sendiri...

So dah dapat rumah wea, keadaan rumah sewa aku amatlah menyelesakan =) dapat housemate aku yang host ni pun best jugak dan rupa2nya senior USM aku jugak ... dia kerja dekat Sri Pentas ...


Hall Bujang berama LED Smart TV Samsung... owned by Host rumah ni

Meja lepak... macam reading corner la
Almari sementara aku... aku dah aim almari dekat IKEA tu sekali dah habis stock, so tunggu lah dulu, tak nak beli almari lagi

Katil aku! tilam sahaja, aku tak beli pun katil, rasa macam tak perlu ja ada katil ...

 Hidup ini indah ... Enjoy sahaja, selagi ada tempat berlindung dan cukup makan pakai, bersederhana selagi mampu ... tapi kalau ada duit lebih bagus lah ... boleh belanja itu ini, tapi JANGAN BOROS!

da....

1 comment :

  1. salam geng tumpag tanya ada kosong lagi ke rumah ko tu? kalau boleh nak sewa bilik, aku baru nak start keja di sri pentas awal bulan 6 ni...

    ReplyDelete