09 January 2013

Fred'sLife : New Journey of Life [Part 2]

Aku percaya ramai yang rasa kewujudan blog aku macam bayang-bayang bawah lampu jalan masa hujan ... ada tapi tak berapa nak nampak ... hahahah ... blog aku ada cumanya aku yang tak sempat nak update latest moment2 hidup aku dalam ni, bagi seorang bekas kaki blog tegar, memang agak terasa bila tak coret kejadian2 yang menarik untuk dikongsi dengan pembaca yang suka buang masa baca blog aku, sambil2 disuapkan dengan cerita 'what;s happpening to me?' dengan tujuan memuaskan nafsu stalkers mereka2...




Entry sebelum ini, aku ada cerita yang aku pergi interview dan aku telah pun diterima kerja di WCT Berhad ... yeah ...! Aku dah pun memulakan tugas aku secara rasminya pada 3 Disember yang lalu dan dah pun dapat gaji pertama aku dan jugak payslip aku yang pertama!!! Tak dak lah excited mana pun sebenarnya bila dapat gaji ni , bukan apa, sebab sebelum2 ni aku dah pernah buat part time macam2 dan jugak running business sendiri, so bila dah dapat gaji ni, rasa macam biasa, rasa macam baru lepas cuti lama tanpa gaji pastu tetiba masuk gaji balik.. but somehow.. SYUKUR ALHAMDULILLAH...!

yang pasti ... ini bukan gaji aku sekarang, dalam beberapa tahun lagi mungkin ya ... amin!
(minta2 tahun depan ASB punya dividend mencanak naik lagi)


aku kerja apa kat sini? hum.. aku kerja sebagai Juru Ukur Bahan yang berada di tapak pembinaan menjalankan tugas2 mengukur bahan buat masa ni, budak2 qs panggil term measurement, so sekarang ni, aku tengah buat measurement, belum buat benda2 lain lagi, sebab projek dekat sini baru jer mula...


ouh! aku dah dapat set desktop baru jenama ACER ... terima kasih WCT ... walaupun aku ni bilis jer  ... tapi aku bersyukur ada kerja  ... =)


Best ker tak kerja dekat sini? Alhamdulillah, aku rasa seronok dan enjoy kerja kat sini. Aku sebelum ni, memang tak nak sangat-sangat, kalau boleh haram bagi aku nak kerja kat Kuala Lumpur / Selangor, hantarlah aku ke Labuan ka Sabah Sarawak ka Oversea ka aku sanggup but please jangan lah KL dan Selangor sebabnya, aku sangatlah tak suka nak hadap sesak-sesak semua ni. Aku selalu saja datang KL ni, lepak rumah member dekat Bukit Antarabangsa dan jugak rumah nenek sedara aku dekat Selayang tapi... setiap kali aku datang, bukan aku yang drive... Itulah orang tua-tua cakap, jangan dok kata sangat 'tak suka tak suka' last2 yang kita tak suka tu lah yang dapat, and now here I am.. aku sekarang ni menetap di Pelangi Damansara dan tempat kerja aku dekat Duta... Site kat situ, tengah construct project kat situ... perjalanan naik kereta ke tempat kerja kalau ikot LDP dalam 20 minit, kalau ikot Sprint dalam 10 minit, tapi LDP pagi2 kereta banyak ...! SPrint kurang sebab ada tol, tak ramai orang nak bayar tol ...

Kesesakan depan Phileo bila dah kedekut sangat nak bayar tol - LDP


Environment kerja kat sini ok, orang pertama yang aku kenal kat site ni Kak Ezan (admin), pastu Hisham (planner) , then Kak Su (admin).. then budak2 department aku bos aku Madam Margareta, Wan, Kak Norli dan Fiza aka senior school hbp aku! hahahah ... pastu ada lah 4 5 orang lagi yang aku kenal, sekarang ni dah kenal ramai la ... nak sebut semua kena buat senarai nama lah pulak...

ini muka baru balik kerja tengah lending... amik gambar ni sebab nak send kat orang muka sememeh aku

BYE!


2 comments :

  1. Replies
    1. tak takutlah, apa yang nak ditakutkan, cumanya kerja QS ni sangatlah busy tahap melampau ... department lain boleh rilek lagi, department qs busy .. tapi depend kita kerja qs department mana, company macam mana semua ...

      Delete