Pakaian ketika di-interview di Phileo Damansara dan Bangunan Rohas Perkasa... 2 interview dalam 1 hari |
Salam ...!!!
Dah sangatlah lama aku tidak meng-update-kan blog aku ni dek kerana kekangan masa serta internet serta peralatan yang kurang mencukupi agar aku dapat melayan hasil tulisan yang aku nak curahkan dalam penulisan blog aku ni, dan kali ini, insyallah, ini merupakan apa hasil penulisan berangkai yang akan menceritakan sedikit sebanyak pasal apa yang dah aku buat sepanjang menyepi dalam dunia penulisan blog ni...
Part 1 - Interview Kerja
Seperti manusia-manusia lazim yang lain, bila dah habis belajar, dah bergraduasi maka ramailah bertebaran diatas muka bumi ni mula mencari kerja. At first, aku tak tahu nak masuk bidang mana, memang aku tahu, aku ni lepasan ijazah pengurusan projek dan dah tentu-tentu bidang kerja aku kena bersangkut paut dengan projek. Tapi sebenarnya aku ada sikit fobia ngan bidang pembinaan ni. Ini semua gara-gara praktikal aku dulu yang penah aku jalankan masa tahun kedua semester pertama sebabnya bidang pembinaan ni rata-ratanya requires kita untuk kerja 6hari seminggu. Itu standard, kerja kat mana-mana tapak pembinaan pun macam tu, lainlah kalau kita ni pangkat dah besar-besar, maybe tak lah kot nak sampai 6 hari seminggu tapi kalau dah gaji masyuk tak dak lah nak kisah sangat aku ni kena kerja 6 hari seminggu pun eventhough ada orang cakap tak dak life kerja 6 hari seminggu ni. Kerja 5hari seminggu pun, cuti dua hari dok rumah tak buat apa-apa yang bermanfaat baik tak payah ...
OK! Selepas aku bergraduasi pada tanggal 21 September 2012, aku tak directly mencari kerja, walaupun sebenarnya semester aku tamat pada bulan 6 sebab aku nak duduk relax dekat rumah, aku tak nak kerja lagi,aku nak cuti puas2 dulu, alhamdulillah puas lah jugak... merata aku berjalan, sekarang ni tinggal Sabah saja dalam Malaysia ni yang aku belum jejakkan kaki. Ensyallah lepas ni aku akan sampai lepastu aku tanam cita-cita nak pergi Jelajah Eropah pula, seronok tengok orang layan musim sejuk kat sana. Jadi nak jadi cerita aku memulakan proses mencari kerja aku melalui Jobstreet secara officialnya pada pertengahan bulan 10, dan ada dekat 5 6 company panggil interview antaranya syarikat pembinaan, syarikat pemaju, syarikat penilaian bangunan, syarikat minyak dan gas dan juga organisasi bank... semua aku pergi, gaji paling sedikit ditawarkan daripada syarikat pengurusan bangunan, dia nak bagi gaji kat aku RM1600 jer! dah lah dok KL, dia nak bagi gaji 1600, belum tolak epf socso lagi dan itu menyebabkan aku menolak offer kerja tersebut manakala yang paling tinggi syarikat minyak dan gas basic RM2800, contract basis kena hantar pergi labuan, TAPI setelah aku menghadiri sesi interview, aku call tanya company tu, macam mana result? at first dia cakap in hiring process,then dah seminggu senyap aku call tanya lagi, dia cakap dia terpaksa tolak sebab aku FRESH GRADUATE, dafuk?? dalam resume aku sah2 aku tulis aku tak dak pengalaman kerja dan baru bergraduasi... macam haram!!!
seterusnya ada 1 syarikat pembinaan ni panggil aku interview.. kebetulan masa tu aku dekat kuala lumpur stay dekat Pacific Hotel dekat sebelah PWTC tu sebab aku attend Career Fair BN 2012, at first dia call suruh aku datang interview Isnin pagi aku plan nak balik hari ahad petang (masa dia call Jumaat dalam pukul 3 petang) then aku inform dia kata aku memang ada dekat KL and aku plan nak balik ahad, boleh tak buat hari ni, interview tu? at first dia reschedule interview session aku hari sabtu pagi- standard company construction hari sabtu kerja ok. lepas tu by 4pm macamtu dia call balik inform kata dia nak aku datang interview harini jugak which is Jumaat pukul 6 petang dekat HQ Shah Alam.So aku cepat2 gosok baju smua terus shoot pergi Shah Alam dan diinterview. OK, then... interview tu berlarutan sampai dekat sejam, macam2 soalan dia tanya aku gabra siot ... lepas interview balik ke hotel dan makan. Isnin pagi bila aku dah ada di Kulim, aku terima panggilan dari HQ inform aku diterima masuk ke syarikat ni dan mula kerja 3 december 2012.
Pakaian ketika menghadiri BN Career Fair & temuduga dengan WCT, aku interview tak pakai tie pun |
Alhamdulillah.
Lepastu,CIMB call panggil interview dan aku tolak sebab post yang ditawarkan adalah management trainee dan kontrak 2 tahun ... dekat company ni aku permanent dan sekarang syarikat pertama aku berkhidmat adalah WCT Berhad
No comments :
Post a Comment