05 October 2013

Fred'sLife : Penat Nya Kerja!


ION Orchard - SG ... ala-ala Pavi Gitu ...
Dah sebelas bulan aku kerja dengan WCT Berhad, lately dah rebrand dan diupgradekan jadi WCT Holdings Berhad. Nama semenggah sungguh, tapi aku rasa biasa ja, since dia rebrand, macamtu jugak la, tapi mana lah nak tahu mungkin next year since dia dah naik jadi Holdings ni dapat bonus lebih sikit kan. Cukup 3haribulan Disember 2013 ni makan genaplah aku bekerja dengan WCT ni selama satu tahun. Alhamdulillah, tapi ada lagi dua bulan lagi tu nak capai Disember. Sekarang baru nak masuk 11 bulan.

Mengorbankan Weddings Kawan-kawan rapat demi kerja yang diSAYANGI =)

KERJA 6 HARI SEMINGGU : 8 PAGI - 5 PETANG

Sepanjang aku kerja sebagai Site QS ni merangkap ala-ala junior QS dekat site ni, memanglah terasa penat gila. Dulu masa aku mula-mula minta kerja dekat mana-mana company, memang aku tak fikir langsung dia nak bagi aku kerja 6 hari seminggu ka, kerja 7 hari ka aku sanggup asalkan aku bekerja. Tapi since aku dah kerja ni, aku rasa macam letih gila badan nak kerja 6 hari seminggu. Cuti sehari sahaja wea ... Tapi dah terbiasa mungkin sebab grad saja dari USM, ni lah kerja pertama aku dan environment kerja dah memang 6 hari seminggu.


Kadang-Kadang, we need ESCAPE!

Cuma bagi sesiapa yang lalu kat blog aku ni, dan tengah mencari kerja dan tengah consider nak accept kerja 6 hari seminggu tu, fikir betul-betul. Betul ka hampa sanggup nak kerja 6 hari seminggu? Aku dulu masa zaman praktikal, aku pernah saja kerja enam hari seminggu, to be exact 5 hari setengah. Setengah tu hari sabtu, praktikal dekat Airport Penang, masa tu Airport Penang tengah underconstruction lagi, baru dok pakat naik column aku pun masuk projek tu. Tapi masa praktikal, kerja 5 hari setengah, yang setengah tu tak dak la terasa sangat pun, rasa sekejap ja, sebab masuk pukul 8 buat kerja apa sat, pergi inspection apa semua round2 site, dah habis dah tengah hari pukul 1 dah balik. Tapi aku punya 1st job ni, makkkk aiii... hari sabtu kerja full day, dah tu sabtu pun sama ja busy dia macam hari2 lain.

Hampa mesti ada macam rooster, okeyh Isnin merupakan hari paling busy sebab hari nak synchronize kerja lah apa semua tu kan untuk the whole week, sampailah ke hari jumaat, betul tak? Kalau la hampa dalam situasi aku, hari-hari hang akan sync kerja hang, tak pernah nya rasa lapang. Kalau rasa lapang tu mesti ada benda yang tak kena. Sebab memang dah resmi kerja site QS kot, atau mungkinkah site aku sahaja? atau method kerja kat company aku ni saja ka? aku pun tak sure, tak cukup experience lagi. Tapi seriously memang letih la kerja 6 hari seminggu dengan environment 'TAK SEMPAT BERNAFAS' ni ...

KEHIDUPAN SEORANG ANAK MUDA


Singapore Trip 2012

Kadang aku tak faham, apa sebenarnya yang perlu ada bagi manusia muda macam aku yang masih hijau ni. Umur baru 23, tahun depan baru nak masuk 24, tapi working environment aku, bagi aku lah, aku kerja busy, teruk sangat macam orang yang kerja 3 4 tahun dah. Tak dak life. Seriously.

Pukul 8 pagi waktu aku masuk ofis, aku akan bergerak dari rumah nak ke ofis dalam 715 macamtu, around 740 lewat-lewat pun dalam 750 aku dah punch in masuk ofis. Sampai ofis kadang aku keluar pergi breakfast dulu, dekat kantin kadang aku bungkuslah roti ka biskut ka cicah dengan kopi kat table aku sambil layan yahoo news. Then, dah settle makan apa semua, aku agak dalam 830 tu aku dah siap dah sync kerja aku untuk harini, apa yang aku nak buat untuk hari ini, buatlah dari pagi tu saaaammmpai ke tengah hari. Kadang-kadang kalau aku cilok g dhuha kejap, boleh hilangkan ngantuk disamping buat aku rasa macam haritu duit aku lapang sangat =) alhamdulillah ada keberkataannya. Lepas tu tengah hari keluar lunch pukul 12 - 1 tengah hari, tapi normally lepas makan dalam 1230 tu dah masuk ofis dah lepak dalam ofis sambil layan internet dah start pikir pasal kerja pastu tunggu pulak sampai ke petang pukul 5. Dulu masa aku awal-awal masuk tu, normal la aku balik pukul 5, lepas dah  2 3 bulan aku duduk sini, dah tak pukul 5, kadang dekat pukul 6  630 7 kadang dekat pukul 9 malam pun ada aku dok kat ofis lagi buat kerja.

Zaman Study Memang Terbaik!

Sampai rumah, aku tengok tv sat, lepas tu kalau ada kawan ajak lepak luar, aku keluar, kalau tak dalam pukul 10 11 aku dah prepare nak tidur. Serious aku rasa hidup aku plain sangat-sangat sebab benda yang sama ja yang aku repeat hari-hari. Tak dak benda menarik. Apa yang berubah hari-hari cumalah bentuk task yang aku kena settlekan hari ni. Sabtu hari paling aku balas dendam. Normally aku akan pakai baju siap-siap untuk aku lepak lepas kerja. Lepas saja balik kerja aku akan keluar terus lepak dengan kawan aku kat mana-mana, tengok wayang ka lepak minum sembang-sembang ka, strolling around ka dan selalunya lepak aku end up sampai 3 4 pagi baru nak balik rumah. Ahad aku akan mula awal sebab aku tak boleh tidur lama2, aku akan bangun awal buat kerja rumah apa yang patut sikit pastu aku tidur balik. Tak pun aku akan bangun tidur tapi aku lepak jer atas katil doing nothing tunggu masa untuk tidur balik. Haissss

Kawan-kawan OFIS, ada ramai lagi ...
TAPI ada certain orang cakap, muda-muda bukan masa untuk enjoy, tapi masa untuk gain experience dan cari duit dulu yang pentingnya. Kenapa kena gain experience dan cari duit? Sebab untuk cari kerja lain kena ada experience, kalau tak dak siapa nak amik, dan kalau dapat pun beza gaji tak banyak mana. Kenapa kena cari duit? Sebab kena kumpul nak kahwin. BULLSHIT semua tu. Kalau dah gaji besar nanti, kerja lagi banyak, lagi tak dak life, nanti dah kahwin nanti hidup dengan bini dan anak hang saja. Tak dak dah cukup masa untuk lepak dengan kawan-kawan lain yang masih bujang. Kalau lepak pun nanti orang suruh balik sebab anak bini tunggu kat rumah! PUUIH!!! HAKTUIH!



Simpan Laa Duit Siimmmpaannn


Habis tu apa yang sepatutnya aku buat sekarang ni? Dah la kerja 6 hari seminggu, plain life, cuti sehari, cuti tak banyak, kerja belambak-lambak tak penahnya habis. DULL. Aku rindukan zaman EPARK aku. Masa tu, walaupun aku kerja malam, dan kerja tak tentu masa dan siangnya aku kena pergi kelas tapi aku rasa berbaloi sangat-sangat, sebab aku ada masa untuk lepak pagi-pagi buta, vacation sana sini. But now? Haish... Tapi tak pa, mungkin ni la masa untuk aku belajar sedikit sebanyak erti hidup. Aku masih akan teruskan perjalanan.

Bos Lama aku, pemilik ZH Everyday is Holiday

First Trip dengan Clan Epark

Maskot Epark



KERJA ITU DUNIANYA BERBEZA

Penah aku terfikir dulu, kenapalah aku jadi QS, kenapalah tangan aku ni gatal sangat nak apply dan pergi interview untuk jawatan ni, padahal ada saja lagi jawatan-jawatan lain yang aku apply masa lepas grad dulu dan ada ja kena panggil interview. Dan aku dan beberapa kawan rapat aku saja yang tahu apa kenapa aku pilih jalan ni. Tapi tak sangka jalan yang aku pilih ni merupakan "The Road Not Taken" by other kawan-kawan QS aku. Ramai mungkin yang mengelak dari terjebak dalam dunia aku ini. Dunia untuk orang yang suka berdunia dengan orang lain, tapi tercampak dalam dimensi hidup yang memaksa untuk aku create dunia aku sendiri. Pasrah, Redha, Berserah.


Gambar Masa Pergi Interview Dulu-Dulu lepas Grad


Masa aku study dulu aku rasa bila datang jer part taking off memang complicated ja rasa, ni buat rasa complicated itu ini semua rasa susah, tapi bila buat assignment sebenarnya mudah saja tambah-tambah bila dapat assignment tu due date dia lama bebenor tapi benda boleh siap sekejap saja.

Then bila aku masuk ke alam kerja ni aku jadi macam TERKEJUT BERUK! bagai rusa masuk kampung. Serious kejutan budaya. Sebab bila aku masuk, 1st task assign untuk aku adalah measurement Facade. Hanya tuhan saja yang tahu perasaan aku masa tu, rasa macam nak lari angkat kaki haritu jugak sebab facade! aku tak pernah pun buat assignment tu atau belajar pasal element tu masa kelas measurement dulu, seingat aku la, atau mungkin aku tak attend kelas? Tapi tak mungkin sebab kelas measurement antara kelas favorite aku disamping kelas Professional Practice yang dihandle oleh En. Lan. sebab everytime aku keluar kelas En. Lan mesti ada semangat baru yang berkobar-kobar, kelas dia smua very inspiring. Ok back to my first task. Masa aku dapat assignment 1st tu, aku rasa macam aku ni bodoh bangang gila. Aku nak tanya kat budak-budak lain, semua macam busy gila. Tunduk tak panggung-panggung kepala buat kerja. Keadaan ofis sunyi sepi, semua diam saja, kadang-kadang baru dengar bunyi orang berdehem. Nasib baik aku bawak iPod, sambil-sambil buat kerja dengar iPod pastu aku bersenandung. Tapi Pelik! bila aku bersenandung, nanti ada yang pandang macam aku ada buat benda salah dan kadang-kadang aku tersenyum bila ada kawan-kawan text benda yang memang rasa lawak tapi tak boleh gelak jadi aku terpaksa senyum lebar. Sekali sekala ditegur "kenapa senyum sorang-sorang ni?". Thanks kepada kawan-kawan yang sudi teman aku buat kerja masa awal-awal aku kerja dulu =) U guys made my day.

DI MANA PENAMATNYA?





Aku kadang rasa penat dengan cara hidup macam ni, terlalu senang untuk dijangka tapi gladly aku gain banyak experience in term of measurement lah, sebab mostly benda measurement aku dah cover, cuma sekarang ni aku teringin lah jugak nak buat measurement untuk civil works, instead of structure ngan architect work tak habis-habis. Tapi kerja ni, aku rasa takut, sebab aku tak tahu betul ka tidak aku buat satu-satu benda tu, kita buat kita rasa betul, tapi bila ada orang check, sebenarnya ada benda yang lebih betul dan lebih mudah nak buat.Jadi kadang-kadang aku rasa macam aku ni bodoh bangang sangat dan lack of confident, serious rasa empty. Aku punya expertise bukan untuk duduk dan membisu sambil buat kerja sebenarnya. Aku lebih prefer buat kerja yang menggerakkan smua anggota badan aku, mulut boleh bercakap, tangan boleh bergerak, kaki boleh berjalan, bukan membatu semata. Sekarang ni bukan tak boleh buat benda tu, boleh , tapi limited dan kadang-kadang rasa bersalah, even untuk keluar toilet 5 6 kali sebab nak terkencing dan terberak.



Hari-Hari Meredah Sesak nak Balik Rumah Sendiri =(

Aku tahu, aku pernah tulis post pasal aku tak kisah kerja 6 hari seminggu, serious aku tak kisah pun kerja 6 hari seminggu aku just nak statekan yang kerja 6 hari seminggu ni memenatkan bagi seorang site QS, so kalau bersedia mental fizikal nak kerja as Site QS kerja 6hari seminggu full then take it, if not be prepare lah ok ...?


- SEKIAN - 

9 comments :

  1. Agak menakutkan bila fikir-bersediakah aku menjadi seorg qs?

    ReplyDelete
    Replies
    1. get prepare, belajar tak sama macam kerja, dulu belajar QS mungkin rileks sikit dari Architect student kan? Tapi bila dah kerja macam tak cukup nafas, tapi ikot kot kita dok dalam line mana.. consultant ka? contractor ka? client ka? apa ka kan ...

      Delete
  2. Zaman belajar da dengar macam2 pasal keje qs.. busy nak mam la, xde life la, family time xde la.. cis.. kenapala aq gatal ambik qs dulu..

    ReplyDelete
  3. kerja memang takkan habis, tapi anggaplah ianya suatu ibadah, ada kemanisan disebalik kepenatan

    Jom kita makan Minyak Ikan

    ReplyDelete
  4. takut lak..tmbh saya ni pue...mau jd iron lady😭😭😭

    ReplyDelete
  5. Org yg keje QS he faham Dan penat nyer keje QS

    ReplyDelete
  6. Org yg keje QS he faham Dan penat nyer keje QS

    ReplyDelete
  7. Org yg keje QS he faham Dan penat nyer keje QS

    ReplyDelete