23 January 2013

Fred'sLife : Pandu Kereta Terpedap-Pedap!

Since dulu lagi aku cukup berharap yang aku tak dapatlah belajar mahupun kerja di kawasan Kuala Lumpur mahupun kawasan sekitarnya - Selangor lah Lembah Klang bagai semua ni... Sebabnya, aku tak suka drive kereta dalam KESESAKAN LALU LINTAS!!!

Tetapi, nampaknya rezeki aku since dah tamat belajar rupanya dekat sini. Actually, dulu masa aku apply kerja, aku berharap sangat-sangat aku akan ditempatkan ke Johor ka Sabah Sarawak ka mana ka, janji bukan Kolompo ... =( Bukan apa, sebab aku tahu, jalan dekat Kolompo ni sangatlah ahzab syaitonirojim ... Tara aku dok datang Kolompo kadang-kadang jalan-jalan dekat sini pun aku rasa dah bebal, itu tara aku duduk sebelah, bukannya drive inikan pula yang drive dalam kawasan sini, memang tidaklah ... Aku tahu, sekarang ni pergilah mana-mana pun sesak, sebab banyak kereta dah sekarang ni. tapi kalau nak compare dengan kesesakan dekat sini, lagi lah meluat. Maybe ada setengah orang cakap, nanti dah biasa kira ok lah. Memang, sekarang dah terbiasa dah, kadang-kadang duduk dalam kereta sementara nak tunggu kereta bergerak tu aku tak tahu nak buat apa, ada sekali tu aku beli kuih popia, sambil drive sambil makan, baru enjoy (ha cepat sikit badan aku naik!!!)



Tempat kerja aku dekat Jalan Khidmat Usaha, dekat Jakan Duta ... so aku ada dua pilihan untuk pergi kerja dari rumah aku yang terletak dekat Pelangi Damansara Condo, which is guna Lebuhraya Damansara-Puchong lepastu masuk ke Sprint ataupun aku guna saja terus Sprint ikot terowong dekat Mont Kiara tu ...



Terlepas simpang nak masuk Sprint, kena masuk ke laluan Federal  kejap,  tapi sementara nak susur keluar ke arah Bukit Damansara, ni lah azab dia =(

Nilah kesannya, balik kerja guna LDP



09 January 2013

Fred'sJourney : Pencarian Rumah Sewa

Bila dah dapat saja kerja dekat area Kuala Lumpur ni, benda pertama sekali terlintas dalam fikiran adalah tempat tinggal... mana aku nak tinggal? hum, takkan nak duduk rumah tok sedara aku kat selayang tu? rumah pak cik aku dekat gombak tu? bukan tak nak, tapi masalahnya, aku rasa tak selesa nak kacau depa kat rumah.. nanti bila aku dah tinggal dengan depa, nanti depa nak kena siap2 makan minum apa semua, tak best lah kalau macam tu ... jadi maka dengan itu, bermulalah episod pencarian rumah sewa di Kuala Lumpur ni.

Tak berapa nak terkejut badak sangat bila nak kena menyewa bilik dekat sini harga macam sewa rumah dekat Kulim ... dekat Kulim masa zaman aku kecik2 dulu, sewa rumah teres setingkat 3 bilik dengan 1 bilik air dalam RM280 .. tapi sekarnag ni aku menyewa dekat Damansara, Pelangi Damansara, bilik saja dah RM350. Redha jer lah ...

Dulu akak aku duduk dekat Flora Damansara... tapi sekarang dia dah balik ke hometown, sebab sambung belajar, sambung master pulak, dulu lepas dia habis belajar dekat MMU dia kerja kat kawasan sini 2 3 tahun jugak, lepas tu dia cadang nak persue study, alhamdulillah dapat, dekat USM pulak tu, bukan senang nak dapat USM sambung belajar... so seandainya dulu dia duduk dekat Flora Damansara boleh lah jugak aku menumpang dia buat sementara waktu, jadi tak rezeki maka aku kena cari bilik sewa aku sendiri...

So dah dapat rumah wea, keadaan rumah sewa aku amatlah menyelesakan =) dapat housemate aku yang host ni pun best jugak dan rupa2nya senior USM aku jugak ... dia kerja dekat Sri Pentas ...


Hall Bujang berama LED Smart TV Samsung... owned by Host rumah ni

Meja lepak... macam reading corner la
Almari sementara aku... aku dah aim almari dekat IKEA tu sekali dah habis stock, so tunggu lah dulu, tak nak beli almari lagi

Katil aku! tilam sahaja, aku tak beli pun katil, rasa macam tak perlu ja ada katil ...

 Hidup ini indah ... Enjoy sahaja, selagi ada tempat berlindung dan cukup makan pakai, bersederhana selagi mampu ... tapi kalau ada duit lebih bagus lah ... boleh belanja itu ini, tapi JANGAN BOROS!

da....

Fred'sLife : New Journey of Life [Part 2]

Aku percaya ramai yang rasa kewujudan blog aku macam bayang-bayang bawah lampu jalan masa hujan ... ada tapi tak berapa nak nampak ... hahahah ... blog aku ada cumanya aku yang tak sempat nak update latest moment2 hidup aku dalam ni, bagi seorang bekas kaki blog tegar, memang agak terasa bila tak coret kejadian2 yang menarik untuk dikongsi dengan pembaca yang suka buang masa baca blog aku, sambil2 disuapkan dengan cerita 'what;s happpening to me?' dengan tujuan memuaskan nafsu stalkers mereka2...




Entry sebelum ini, aku ada cerita yang aku pergi interview dan aku telah pun diterima kerja di WCT Berhad ... yeah ...! Aku dah pun memulakan tugas aku secara rasminya pada 3 Disember yang lalu dan dah pun dapat gaji pertama aku dan jugak payslip aku yang pertama!!! Tak dak lah excited mana pun sebenarnya bila dapat gaji ni , bukan apa, sebab sebelum2 ni aku dah pernah buat part time macam2 dan jugak running business sendiri, so bila dah dapat gaji ni, rasa macam biasa, rasa macam baru lepas cuti lama tanpa gaji pastu tetiba masuk gaji balik.. but somehow.. SYUKUR ALHAMDULILLAH...!

yang pasti ... ini bukan gaji aku sekarang, dalam beberapa tahun lagi mungkin ya ... amin!
(minta2 tahun depan ASB punya dividend mencanak naik lagi)


aku kerja apa kat sini? hum.. aku kerja sebagai Juru Ukur Bahan yang berada di tapak pembinaan menjalankan tugas2 mengukur bahan buat masa ni, budak2 qs panggil term measurement, so sekarang ni, aku tengah buat measurement, belum buat benda2 lain lagi, sebab projek dekat sini baru jer mula...


ouh! aku dah dapat set desktop baru jenama ACER ... terima kasih WCT ... walaupun aku ni bilis jer  ... tapi aku bersyukur ada kerja  ... =)


Best ker tak kerja dekat sini? Alhamdulillah, aku rasa seronok dan enjoy kerja kat sini. Aku sebelum ni, memang tak nak sangat-sangat, kalau boleh haram bagi aku nak kerja kat Kuala Lumpur / Selangor, hantarlah aku ke Labuan ka Sabah Sarawak ka Oversea ka aku sanggup but please jangan lah KL dan Selangor sebabnya, aku sangatlah tak suka nak hadap sesak-sesak semua ni. Aku selalu saja datang KL ni, lepak rumah member dekat Bukit Antarabangsa dan jugak rumah nenek sedara aku dekat Selayang tapi... setiap kali aku datang, bukan aku yang drive... Itulah orang tua-tua cakap, jangan dok kata sangat 'tak suka tak suka' last2 yang kita tak suka tu lah yang dapat, and now here I am.. aku sekarang ni menetap di Pelangi Damansara dan tempat kerja aku dekat Duta... Site kat situ, tengah construct project kat situ... perjalanan naik kereta ke tempat kerja kalau ikot LDP dalam 20 minit, kalau ikot Sprint dalam 10 minit, tapi LDP pagi2 kereta banyak ...! SPrint kurang sebab ada tol, tak ramai orang nak bayar tol ...

Kesesakan depan Phileo bila dah kedekut sangat nak bayar tol - LDP


Environment kerja kat sini ok, orang pertama yang aku kenal kat site ni Kak Ezan (admin), pastu Hisham (planner) , then Kak Su (admin).. then budak2 department aku bos aku Madam Margareta, Wan, Kak Norli dan Fiza aka senior school hbp aku! hahahah ... pastu ada lah 4 5 orang lagi yang aku kenal, sekarang ni dah kenal ramai la ... nak sebut semua kena buat senarai nama lah pulak...

ini muka baru balik kerja tengah lending... amik gambar ni sebab nak send kat orang muka sememeh aku

BYE!


Fred'sLife : New Journey of Life [Part 1]

Pakaian ketika di-interview di Phileo Damansara dan Bangunan Rohas Perkasa... 2 interview dalam 1 hari

Salam ...!!!

Dah sangatlah lama aku tidak meng-update-kan blog aku ni dek kerana kekangan masa serta internet serta peralatan yang kurang mencukupi agar aku dapat melayan hasil tulisan yang aku nak curahkan dalam penulisan blog aku ni, dan kali ini, insyallah, ini merupakan apa hasil penulisan berangkai yang akan menceritakan sedikit sebanyak pasal apa yang dah aku buat sepanjang menyepi dalam dunia penulisan blog ni...

Part 1 - Interview Kerja

Seperti manusia-manusia lazim yang lain, bila dah habis belajar, dah bergraduasi maka ramailah bertebaran diatas muka bumi ni mula mencari kerja. At first, aku tak tahu nak masuk bidang mana, memang aku tahu, aku ni lepasan ijazah pengurusan projek dan dah tentu-tentu bidang kerja aku kena bersangkut paut dengan projek. Tapi sebenarnya aku ada sikit fobia ngan bidang pembinaan ni. Ini semua gara-gara praktikal aku dulu yang penah aku jalankan masa tahun kedua semester pertama sebabnya bidang pembinaan ni rata-ratanya requires kita untuk kerja 6hari seminggu. Itu standard, kerja kat mana-mana tapak pembinaan pun macam tu, lainlah kalau kita ni pangkat dah besar-besar, maybe tak lah kot nak sampai 6 hari seminggu tapi kalau dah gaji masyuk tak dak lah nak kisah sangat aku ni kena kerja 6 hari seminggu pun eventhough ada orang cakap tak dak life kerja 6 hari seminggu ni. Kerja 5hari seminggu pun, cuti dua hari dok rumah tak buat apa-apa yang bermanfaat baik tak payah ...

OK! Selepas aku bergraduasi pada tanggal 21 September 2012, aku tak directly mencari kerja, walaupun sebenarnya semester aku tamat pada bulan 6 sebab aku nak duduk relax dekat rumah, aku tak nak kerja lagi,aku nak cuti puas2 dulu, alhamdulillah puas lah jugak... merata aku berjalan, sekarang ni tinggal Sabah saja dalam Malaysia ni yang aku belum jejakkan kaki. Ensyallah lepas ni aku akan sampai lepastu aku tanam cita-cita nak pergi Jelajah Eropah pula, seronok tengok orang layan musim sejuk kat sana. Jadi nak jadi cerita aku memulakan proses mencari kerja aku melalui Jobstreet secara officialnya pada pertengahan bulan 10, dan ada dekat 5 6 company panggil interview antaranya syarikat pembinaan, syarikat pemaju, syarikat penilaian bangunan, syarikat minyak dan gas dan juga organisasi bank... semua aku pergi, gaji paling sedikit ditawarkan daripada syarikat pengurusan bangunan, dia nak bagi gaji kat aku RM1600 jer! dah lah dok KL, dia nak bagi gaji 1600, belum tolak epf socso lagi dan itu menyebabkan aku menolak offer kerja tersebut manakala yang paling tinggi syarikat minyak dan gas basic RM2800, contract basis kena hantar pergi labuan, TAPI setelah aku menghadiri sesi interview, aku call tanya company tu, macam mana result? at first dia cakap in hiring process,then dah seminggu senyap aku call tanya lagi, dia cakap dia terpaksa tolak sebab aku FRESH GRADUATE, dafuk?? dalam resume aku sah2 aku tulis aku tak dak pengalaman kerja dan baru bergraduasi... macam haram!!!

seterusnya ada 1 syarikat pembinaan ni panggil aku interview.. kebetulan masa tu aku dekat kuala lumpur stay dekat Pacific Hotel dekat sebelah PWTC tu sebab aku attend Career Fair BN 2012, at first dia call suruh aku datang interview Isnin pagi aku plan nak balik hari ahad petang (masa dia call Jumaat dalam pukul 3 petang) then aku inform dia kata aku memang ada dekat KL and aku plan nak balik ahad, boleh tak buat hari ni, interview tu? at first dia reschedule interview session aku hari sabtu pagi- standard company construction hari sabtu kerja ok. lepas tu by 4pm macamtu dia call balik inform kata dia nak aku datang interview harini jugak which is Jumaat pukul 6 petang dekat HQ Shah Alam.So aku cepat2 gosok baju smua terus shoot pergi Shah Alam dan diinterview. OK, then... interview tu berlarutan sampai dekat sejam, macam2 soalan dia tanya aku gabra siot ... lepas interview balik ke hotel dan makan. Isnin pagi bila aku dah ada di Kulim, aku terima panggilan dari HQ inform aku diterima masuk ke syarikat ni dan mula kerja 3 december 2012.

Pakaian ketika menghadiri BN Career Fair & temuduga dengan WCT, aku interview tak pakai tie pun

Alhamdulillah.

Lepastu,CIMB call panggil interview dan aku tolak sebab post yang ditawarkan adalah management trainee dan kontrak 2 tahun ... dekat company ni aku permanent dan sekarang syarikat pertama aku berkhidmat adalah WCT Berhad