20 October 2013

Fred'sGadget : RIP iPhone 4s


Find My iPhone pun gagal mengesan handphone aku

16 haribulan Oktober 2013 merupakan tarikh yang perlu aku ingat, sebab dengan tarikh ni lah, aku tanpa sengaja telah menghilangkan iPhone kesayangan aku. Sayang gila kot aku dengan iPhone aku ni, tak dak sapa faham betapa sayangnya aku kat iPhone 4S aku ni sebab dia ada sentimental value bagi aku.

Mungkin setengah orang melihat, yang mempunyai telefon bimbit keluaran dari Apple ini menjadi tanda aras dan kayu pengukur kepada kemewahan dan status. Tapi sebenarnya, bagi yang belum pernah menggunakan Apple iPhone edisi mana sekalipun, give it a try. Once hampa dah guna iPhone, hampa akan susah untuk terima telefon pintar lain.

Aku penggemar gadget, dari zaman aku sekolah menengah sampai sekarang memang aku peminat gadget, cuma ada satu masa tu, aku take time selepas kerosakan yang berlaku dekat Nokia N95 8GB aku, black edition, aku tak pakai mana-mana smartphone sebab aku kecewa dan takut aku akan make lost dengan phone yang aku beli, jadi aku decide untuk pakai telefon biasa-biasa selama setengah tahun, kemudian kembali beli smartphone tapi masa tu aku beli yang biasa saja, Sony Ericsson masa tu model G705 kalau tak silap. Kemudian baru aku berjinak-jinak dengan smartphone balik.

Kemudian, bermula pada tahun 2009 aku buat a jump start masa tu, bermula dengan Nokia E5 aku move to Blackberry Curve then ke Samsung S2 kemudian tukar kepada iPhone 4S pada tahun 2011 dan since then aku tak pernah tukar phone aku sampai la hari ni, aku setia pada iPhone 4S sebab aku memang puas hati dengan iPhone.

Tapi nampaknya, aku dah hilangkan iPhone aku, jadi kenalah aku cari telefon pengganti, tapi aku tak tahu nak amik phone apa, sama ada still setia dengan iPhone atau give a try to smartphone lain yang ada dalam market.


Rest In Peace dear iPhone 4S ...

Macam malas nak beli iPhone 5s, macam nak grab iPhone 5 atau iPhone 5c jer, harga sedang-sedang, tak mahal sangat ... over 2000 tu is too expensive lah pulak rasa bila dah kerja ni ..dulu tak la rasa mahal pulak ...

18 October 2013

Fred'sPoem : Pergi

tak mengapa
andai ada yang menjauhi
dan membiarkan kau menyepi
kerana kau pernah sendiri

secalit coret dihati
akan terpahat dalam sanubari 
takkan pernah lenyap dari mimpi 
ini bukan dendam berahi bukan juga amarah hati 

hanya diri ini perlu diperingati
saat kau jatuh dan bersendiri
tiada yang tarik tolong menggali
tambah disahut hilai tawa hati 

kau kan pernah sendiri?
lantas mengapa perlu dirai?
ramai yang tenggelam dalam tari 
tapi sebenarnya pincang dikala berdiri

sudah, cukuplah berhenti 
masa akan selalu pergi 
tak mungkin kau berdiri disini lagi 
detik kau hampir pasti 

06 October 2013

Fred'sJourney : Chilex at Sungai Chilling


Berlatar Belakang kan Chilling River ..!
Salam! Dalam blog aku ni ada banyak 'ruangan' actually, tapi lately aku banyak update ruangan 'Fred'sLife' intead of 'Fred'sJourney' & jugak 'FoodHunter's'. Dua ruangan tu bukannya aku tak update cumanya aku nak inform yang sebenaqnya aku dah lama tak jenjalan dan foodhunting semenjak dah kerja ni. As mentioned dalam previous post, aku memanglah tersangat busy, tapi actually ada jugak aku curi-curi time untuk this 2wo favorite things yang aku suka buat dalam hidup aku which are jenjalan dan jugak memakan.

Sepanjang aku kerja dekat KL ni, aku tak pernah jenjalan sangat sehinggalah pada satu cuti umum ni dimana aku dan kengkawan ofis aku yang belia-belia ni telah merancang untuk mengadakan satu aktiviti radiah yang menggabungkan aktiviti hiking dan jugak mandi air terjun!!! So whats our plan? Kami telah memergikan diri ke salah satu kawasan rekreasi yang bunyi dia sangatlah masyuk iaitu 'Santuari Ikan Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, Selangor'. Apa yang best sangat pasal tempat ni? Aku pun tak sure at first place sebab aku bukan orang sini.

Muka tak mandi dan perut lebaq gila!

Ketua perancangan untuk rancangan ini merupakan Nudden Hashim aka Site Engineer aka Planner. Dia yang telah menyagustkan kepada kami pasai tempat ni. Rombongan ini telah dimeriahkan dengan kehadiran Archanaah (Aci Site), Gobinathan (Safety-lah Sangat), Suzana (Admin Donald Duck), Syidah (Apa Pun Tak Boleh), Hisham aka Nudden (Redah ja), Jiji (orang kampun KKB) dan dua orang budak praktikal Faisal (Ikan Belaan Kian Bun) dan Saul Martin!




Perjalanan kami untuk memergi ke kawasan ni bermula seawal pagi 730 katanya dan orang paling last sampai adalah Archaanh sehingga mendelaykan program. Jadi kami pun bergerak kesana tanpa sebarang makanan yang hinggap ke dalam perut. Dalam perjalanan yang mendamaikan tu sebab langsung tak sesak, Nudden Hashim yang mendrivekan Ford Fiesta telah melanggar seekor anak hanjing (real anjing, bukan hanjing bajingan). Pelanggaran dan rempuhan tersebut telah membuatkan kami Archanaah yang memandu di belakang terkejut dan aku selaku co-pilot naik cuak sebab aku nampak hanjing tu terpelanting setelah dirempuh kereta Nudden. Kami semua pun berhenti, sebaik berhenti, kami mendengar raungan anjing tersebut. Dalam kekalutan itu, hanya Archanaah sahaja yang boleh memegang anjing tersebut sebab yang lain semua muslim dan takut anjing tambah-tambah aku memang takut anjing! Ngaku ok sebab dulu masa kecik aku selalu kena ligan dengan anjing noharom yang berkeliaran kat dalam taman sampai aku panjat pokok mempelam. Babi punya anjing!


Kereta yang telah merempuh hanjing tersebut!
OK! Tapi at last sapa pun tak tolong sebab mak anjing tu mai dengan kawan-kawan anjing yang lain dan last-last semua takut kena attack dengan segerombolan anjing. Kami berlalu dan melihat anjing itu berjalan menuju ke group dia sambil jalan tercompang camping. Boleh?

Sebelum nak sampai ke Sg Chilling tu, kita akan lalu kat satu empangan ka tasik aku tak sure, pemandangan kat situ sangatlah menarik, jadi kami pun berhenti dan snap-snap photo apa bala sat. Then baru lah meneruskan perjalanan.




Sesampainya kami di Sungai Chilling tu, kami memulakan aktivit bersarap terlebih dahulu memandangkan semua kebuluran dan takut ada yang pengsan masa hiking tu nanti, maka semua dikehendaki untuk melahap terlebih dahulu. Takut nanti ada yang pengsan memang aku tauk ja dalam sungai tu bagi dia turun sendiri ikut aliran sungai tu, tak dapatla nak angkat-angkat bagai. Sarap disediakan oleh Chefies Suzana berupa nasi gorem dan sandwhich dan beberapa gorengan. Setelah kenyang sampai sangkak barulah kami memulakan perjalanan yang mengujakan.




Sampai di destinasi, kami diberi taklimat terlebih dahulu oleh pegawai tu. Ok sebelum tu, nak masuk kena bayaq, bukan masuk free. Kata pengawal ka pegawai tu tatau, untuk aktiviti pembersihan bayaran tu bukan bayaq suka-suka nak cas orang tapi sebab satgi nak hantaq orang p bersih sungai tu nuh ...

Apabila dah habeh taklimat tu,kami memulakan perjalanan masuk hutan. 1st attempt aku dengan konfidennya telah membawa yanng lain ke jalan yang salah sehingga menyebabkan kami terpaksa mendaki bukit dalam lebih kurang 85 darjah kecerunan! Dimaki hamun secara berjabu, maka kami turun balik cari jalan lain.

Muka Syidah Super Tak leh blah sebab penat kerabat 85 degree! hahah

Arch beraksi?
Then jumpak. Bila dah jumpak, kami berjalan, dalam setengah ke 45 minit gak untuk sampai ke ayaq terjun tu. Sepanjang perjalanan memang kena redah beberapa jeram. Ada banyak jeram actually, tak ingat berapa. Diingatkan supaya jangan bawak beg murahan yang tak kalis ayaq. Kalau sedaq tu beg morah, sila sediakan plastik sampah untuk kumpulkan segala gadget mahai dan duit-duit apa semua supaya tak basah. Kalau tak basah lokoih, bila naik atas apa pun tak jadi. Kamera lingkup, nak amik gambaq apa jadahnya kan ...?


Arch : Dey tunggu orang belakang la Cha!

Selepas melepasi jeram, take 5!

Jeram Ke-5 yang kami lalu~


Dah naik atas tu, memang santuari ikan ... Ikan kelah la tempat dia, banyak baq hang, tapi kawan aku cakap, kat tasik kenyir punya sungai lagi banyak ikan sampai lompat-lompat! Ikan kat sini memanglah pandai, jangan harap la nak tangkap, unless hang bawak mai jala nak tangkap ikan tu. Kalau main sauk2 pakai baju dalam che ta pun belum tentu dapat...


Nampak tak ikan kat gigi ayaq tu? Kalau tak nampak maksud dia hang rabun! 


OTW Balik pulak kami nampak ada beberapa bijik kereta dok bersidai tepi jalan, rupanya depa tengah dok tadah ayaq mineral, ayaq bukit katanya, kami pun turun dan try ayaq yang memang serious rasa macam ayaq spritzer tu tapi lagi sedap dari spritzer!

Kami dok kat atas tu dalam sejam dua jam lebih gak kot, pastu turun, lepas turun kami singgah makan kat depan masjid KKB. Lepas makan kenyang-kenyang balik. Nasib baik esok tu cuti, sebab keesokan tu semua mengeluh sakit badan sebab semua pakat tak excercise tetiba kerabat bukit. Memang kenalah sakit badan bagai.
Berenti kutip ayaq... Macam mana kalau tu ayaq longkang?! hahahah

Pengalaman kami ini juga telah diabadikan dalam ruangan Cuti-Cuti Bajet pada 22 Jun 2013, by Utusan. Terima kasih kepada Yuji yang telah menyiarkan cerita tak semenggah tu.




Nak buat lagi program macam ni ngan budak-budak ni bila-bila free !!! 

05 October 2013

Fred'sLife : Penat Nya Kerja!


ION Orchard - SG ... ala-ala Pavi Gitu ...
Dah sebelas bulan aku kerja dengan WCT Berhad, lately dah rebrand dan diupgradekan jadi WCT Holdings Berhad. Nama semenggah sungguh, tapi aku rasa biasa ja, since dia rebrand, macamtu jugak la, tapi mana lah nak tahu mungkin next year since dia dah naik jadi Holdings ni dapat bonus lebih sikit kan. Cukup 3haribulan Disember 2013 ni makan genaplah aku bekerja dengan WCT ni selama satu tahun. Alhamdulillah, tapi ada lagi dua bulan lagi tu nak capai Disember. Sekarang baru nak masuk 11 bulan.

Mengorbankan Weddings Kawan-kawan rapat demi kerja yang diSAYANGI =)

KERJA 6 HARI SEMINGGU : 8 PAGI - 5 PETANG

Sepanjang aku kerja sebagai Site QS ni merangkap ala-ala junior QS dekat site ni, memanglah terasa penat gila. Dulu masa aku mula-mula minta kerja dekat mana-mana company, memang aku tak fikir langsung dia nak bagi aku kerja 6 hari seminggu ka, kerja 7 hari ka aku sanggup asalkan aku bekerja. Tapi since aku dah kerja ni, aku rasa macam letih gila badan nak kerja 6 hari seminggu. Cuti sehari sahaja wea ... Tapi dah terbiasa mungkin sebab grad saja dari USM, ni lah kerja pertama aku dan environment kerja dah memang 6 hari seminggu.


Kadang-Kadang, we need ESCAPE!

Cuma bagi sesiapa yang lalu kat blog aku ni, dan tengah mencari kerja dan tengah consider nak accept kerja 6 hari seminggu tu, fikir betul-betul. Betul ka hampa sanggup nak kerja 6 hari seminggu? Aku dulu masa zaman praktikal, aku pernah saja kerja enam hari seminggu, to be exact 5 hari setengah. Setengah tu hari sabtu, praktikal dekat Airport Penang, masa tu Airport Penang tengah underconstruction lagi, baru dok pakat naik column aku pun masuk projek tu. Tapi masa praktikal, kerja 5 hari setengah, yang setengah tu tak dak la terasa sangat pun, rasa sekejap ja, sebab masuk pukul 8 buat kerja apa sat, pergi inspection apa semua round2 site, dah habis dah tengah hari pukul 1 dah balik. Tapi aku punya 1st job ni, makkkk aiii... hari sabtu kerja full day, dah tu sabtu pun sama ja busy dia macam hari2 lain.

Hampa mesti ada macam rooster, okeyh Isnin merupakan hari paling busy sebab hari nak synchronize kerja lah apa semua tu kan untuk the whole week, sampailah ke hari jumaat, betul tak? Kalau la hampa dalam situasi aku, hari-hari hang akan sync kerja hang, tak pernah nya rasa lapang. Kalau rasa lapang tu mesti ada benda yang tak kena. Sebab memang dah resmi kerja site QS kot, atau mungkinkah site aku sahaja? atau method kerja kat company aku ni saja ka? aku pun tak sure, tak cukup experience lagi. Tapi seriously memang letih la kerja 6 hari seminggu dengan environment 'TAK SEMPAT BERNAFAS' ni ...

KEHIDUPAN SEORANG ANAK MUDA


Singapore Trip 2012

Kadang aku tak faham, apa sebenarnya yang perlu ada bagi manusia muda macam aku yang masih hijau ni. Umur baru 23, tahun depan baru nak masuk 24, tapi working environment aku, bagi aku lah, aku kerja busy, teruk sangat macam orang yang kerja 3 4 tahun dah. Tak dak life. Seriously.

Pukul 8 pagi waktu aku masuk ofis, aku akan bergerak dari rumah nak ke ofis dalam 715 macamtu, around 740 lewat-lewat pun dalam 750 aku dah punch in masuk ofis. Sampai ofis kadang aku keluar pergi breakfast dulu, dekat kantin kadang aku bungkuslah roti ka biskut ka cicah dengan kopi kat table aku sambil layan yahoo news. Then, dah settle makan apa semua, aku agak dalam 830 tu aku dah siap dah sync kerja aku untuk harini, apa yang aku nak buat untuk hari ini, buatlah dari pagi tu saaaammmpai ke tengah hari. Kadang-kadang kalau aku cilok g dhuha kejap, boleh hilangkan ngantuk disamping buat aku rasa macam haritu duit aku lapang sangat =) alhamdulillah ada keberkataannya. Lepas tu tengah hari keluar lunch pukul 12 - 1 tengah hari, tapi normally lepas makan dalam 1230 tu dah masuk ofis dah lepak dalam ofis sambil layan internet dah start pikir pasal kerja pastu tunggu pulak sampai ke petang pukul 5. Dulu masa aku awal-awal masuk tu, normal la aku balik pukul 5, lepas dah  2 3 bulan aku duduk sini, dah tak pukul 5, kadang dekat pukul 6  630 7 kadang dekat pukul 9 malam pun ada aku dok kat ofis lagi buat kerja.

Zaman Study Memang Terbaik!

Sampai rumah, aku tengok tv sat, lepas tu kalau ada kawan ajak lepak luar, aku keluar, kalau tak dalam pukul 10 11 aku dah prepare nak tidur. Serious aku rasa hidup aku plain sangat-sangat sebab benda yang sama ja yang aku repeat hari-hari. Tak dak benda menarik. Apa yang berubah hari-hari cumalah bentuk task yang aku kena settlekan hari ni. Sabtu hari paling aku balas dendam. Normally aku akan pakai baju siap-siap untuk aku lepak lepas kerja. Lepas saja balik kerja aku akan keluar terus lepak dengan kawan aku kat mana-mana, tengok wayang ka lepak minum sembang-sembang ka, strolling around ka dan selalunya lepak aku end up sampai 3 4 pagi baru nak balik rumah. Ahad aku akan mula awal sebab aku tak boleh tidur lama2, aku akan bangun awal buat kerja rumah apa yang patut sikit pastu aku tidur balik. Tak pun aku akan bangun tidur tapi aku lepak jer atas katil doing nothing tunggu masa untuk tidur balik. Haissss

Kawan-kawan OFIS, ada ramai lagi ...
TAPI ada certain orang cakap, muda-muda bukan masa untuk enjoy, tapi masa untuk gain experience dan cari duit dulu yang pentingnya. Kenapa kena gain experience dan cari duit? Sebab untuk cari kerja lain kena ada experience, kalau tak dak siapa nak amik, dan kalau dapat pun beza gaji tak banyak mana. Kenapa kena cari duit? Sebab kena kumpul nak kahwin. BULLSHIT semua tu. Kalau dah gaji besar nanti, kerja lagi banyak, lagi tak dak life, nanti dah kahwin nanti hidup dengan bini dan anak hang saja. Tak dak dah cukup masa untuk lepak dengan kawan-kawan lain yang masih bujang. Kalau lepak pun nanti orang suruh balik sebab anak bini tunggu kat rumah! PUUIH!!! HAKTUIH!



Simpan Laa Duit Siimmmpaannn


Habis tu apa yang sepatutnya aku buat sekarang ni? Dah la kerja 6 hari seminggu, plain life, cuti sehari, cuti tak banyak, kerja belambak-lambak tak penahnya habis. DULL. Aku rindukan zaman EPARK aku. Masa tu, walaupun aku kerja malam, dan kerja tak tentu masa dan siangnya aku kena pergi kelas tapi aku rasa berbaloi sangat-sangat, sebab aku ada masa untuk lepak pagi-pagi buta, vacation sana sini. But now? Haish... Tapi tak pa, mungkin ni la masa untuk aku belajar sedikit sebanyak erti hidup. Aku masih akan teruskan perjalanan.

Bos Lama aku, pemilik ZH Everyday is Holiday

First Trip dengan Clan Epark

Maskot Epark



KERJA ITU DUNIANYA BERBEZA

Penah aku terfikir dulu, kenapalah aku jadi QS, kenapalah tangan aku ni gatal sangat nak apply dan pergi interview untuk jawatan ni, padahal ada saja lagi jawatan-jawatan lain yang aku apply masa lepas grad dulu dan ada ja kena panggil interview. Dan aku dan beberapa kawan rapat aku saja yang tahu apa kenapa aku pilih jalan ni. Tapi tak sangka jalan yang aku pilih ni merupakan "The Road Not Taken" by other kawan-kawan QS aku. Ramai mungkin yang mengelak dari terjebak dalam dunia aku ini. Dunia untuk orang yang suka berdunia dengan orang lain, tapi tercampak dalam dimensi hidup yang memaksa untuk aku create dunia aku sendiri. Pasrah, Redha, Berserah.


Gambar Masa Pergi Interview Dulu-Dulu lepas Grad


Masa aku study dulu aku rasa bila datang jer part taking off memang complicated ja rasa, ni buat rasa complicated itu ini semua rasa susah, tapi bila buat assignment sebenarnya mudah saja tambah-tambah bila dapat assignment tu due date dia lama bebenor tapi benda boleh siap sekejap saja.

Then bila aku masuk ke alam kerja ni aku jadi macam TERKEJUT BERUK! bagai rusa masuk kampung. Serious kejutan budaya. Sebab bila aku masuk, 1st task assign untuk aku adalah measurement Facade. Hanya tuhan saja yang tahu perasaan aku masa tu, rasa macam nak lari angkat kaki haritu jugak sebab facade! aku tak pernah pun buat assignment tu atau belajar pasal element tu masa kelas measurement dulu, seingat aku la, atau mungkin aku tak attend kelas? Tapi tak mungkin sebab kelas measurement antara kelas favorite aku disamping kelas Professional Practice yang dihandle oleh En. Lan. sebab everytime aku keluar kelas En. Lan mesti ada semangat baru yang berkobar-kobar, kelas dia smua very inspiring. Ok back to my first task. Masa aku dapat assignment 1st tu, aku rasa macam aku ni bodoh bangang gila. Aku nak tanya kat budak-budak lain, semua macam busy gila. Tunduk tak panggung-panggung kepala buat kerja. Keadaan ofis sunyi sepi, semua diam saja, kadang-kadang baru dengar bunyi orang berdehem. Nasib baik aku bawak iPod, sambil-sambil buat kerja dengar iPod pastu aku bersenandung. Tapi Pelik! bila aku bersenandung, nanti ada yang pandang macam aku ada buat benda salah dan kadang-kadang aku tersenyum bila ada kawan-kawan text benda yang memang rasa lawak tapi tak boleh gelak jadi aku terpaksa senyum lebar. Sekali sekala ditegur "kenapa senyum sorang-sorang ni?". Thanks kepada kawan-kawan yang sudi teman aku buat kerja masa awal-awal aku kerja dulu =) U guys made my day.

DI MANA PENAMATNYA?





Aku kadang rasa penat dengan cara hidup macam ni, terlalu senang untuk dijangka tapi gladly aku gain banyak experience in term of measurement lah, sebab mostly benda measurement aku dah cover, cuma sekarang ni aku teringin lah jugak nak buat measurement untuk civil works, instead of structure ngan architect work tak habis-habis. Tapi kerja ni, aku rasa takut, sebab aku tak tahu betul ka tidak aku buat satu-satu benda tu, kita buat kita rasa betul, tapi bila ada orang check, sebenarnya ada benda yang lebih betul dan lebih mudah nak buat.Jadi kadang-kadang aku rasa macam aku ni bodoh bangang sangat dan lack of confident, serious rasa empty. Aku punya expertise bukan untuk duduk dan membisu sambil buat kerja sebenarnya. Aku lebih prefer buat kerja yang menggerakkan smua anggota badan aku, mulut boleh bercakap, tangan boleh bergerak, kaki boleh berjalan, bukan membatu semata. Sekarang ni bukan tak boleh buat benda tu, boleh , tapi limited dan kadang-kadang rasa bersalah, even untuk keluar toilet 5 6 kali sebab nak terkencing dan terberak.



Hari-Hari Meredah Sesak nak Balik Rumah Sendiri =(

Aku tahu, aku pernah tulis post pasal aku tak kisah kerja 6 hari seminggu, serious aku tak kisah pun kerja 6 hari seminggu aku just nak statekan yang kerja 6 hari seminggu ni memenatkan bagi seorang site QS, so kalau bersedia mental fizikal nak kerja as Site QS kerja 6hari seminggu full then take it, if not be prepare lah ok ...?


- SEKIAN - 

10 June 2013

Fred'sWishes : 23rd Birthday Wish List

Sekarang ni dah boleh kata hampir setiap tahunlah aku akan keluarkan post "My Birthday Wishlist" sebab sebagai tanda peringatan hadiah hang paling aku nak. Tapi most of the time end up, aku akan beli hadiah untuk diri aku sendiri ;) ada la dapat hadiah dari kengkawan tapi most of it bukan hadiah yang termasuk dalam senarai wishlist aku lah ... almaklumlah woshlist aku memang harga barang tu mahal-mahal belaka... unless ada sugar mummy nak tanggung aku, dapatla kot hadiah tu...



Dah ada dah smartphone... iPhone 4s sekarang ni aku guna, dulu aku guna Samsung Galaxy S2,sebelum beralih arah ke Apple. Semua OS aku dah guna, blackberry sudah, android sudah, windows sudah, iOS pun sudah. Sekarang ni aku rasa aku nak pakai handphone yang skrin dia besar sikit. Luas mata memandang ;) Jadi mungkinkah Samsung Galaxy Note 2/3? Tapi sebenaqnya bagi yang betul-betul layan gadget ni, bila dia dah pakai iPhone nak tukar ke brand lain susah.. ibarat drive Mitusibishi Lancer then tetiba nak pakai Proton Inspira ( No Offence!!!)


GoPro Hero 3 BLACK EDITION. Kawan-kawan aku kat penang dah ramai ada kamera GoPro ni, sebab benda ni versatile dan sangatlah cool bila kita nak rakam video atau gambar masa kita tengah buat aktiviti-aktiviti lasak, kalau nak guna bagi acara piknik pun boleh tapi rasa macam tak kena gaya ...


Aircond office aku rosak baru ni, air aircond suka menitik bila pasang aircond lama-lama, then aku rasa bagi menarik udara sejuk dari kawasan sekitar.. penggunaan kipas ni sangatlah praktikal. BTW aku dah beli dah kipas ni semalam dekat uptown Kota Damansara,RM15 jer minta kurang tak nak kurang dah, so aku pun dah pasang kat opis, bila dah pasang amik kau angin sepoi-sepoi bahasa, layu kuyu ja mata...


Seluar Khakis!!! Sekarang ni aku rasa aku dah tak nak pakai jeans, aku nak ubah! Raya tahun ni, aku nak beli Khakis 2 helai dengan seluar pendek khakis. Dah banyak sangat seluar jeans, lagipun pakai Khakis ni nampak rare dan maskulin sikit ...


Aku suka gila FrogSkin punya sunshades .. recently ada clique kat ofis beli SpyOptic, semart frame dia, tapi aku minat kalau cermin dia FrogSkin. Then aku pun google lah google pasal shades ni, aku rasa aku suka yang ni, bila check price dalam 400-600, tak tahu ori ke tak. Tapi bila aku pakai nampak macam kurang semart sebab muka aku bulat ... 



OMG!!! Aku pencinta jam, dan bagi tahun 2013 dengan ini aku mengisytiharkan aku fall in love dengan Panerai ni ...! awat lawa sangat!!! Bagi aku semart la, bagi hampa aku tak sure... Harga sebenar jam ni boleh mencecah RM18k! ok aku nak hantaran kahwin aku seutas jam tangan jenama Tissot sekurang-kurangnya atau Oris selebihnya atau Tag mahupun Panerai semahak-mahalnya ;) 

Last but not least... nak iPod touch baru..!!! iPod 1st gen aku dah lapuk ditelan zaman, boleh dengar lagu jer... kalau nak surf internet pun lembab bukan main ... haish


SELAMAT HARI JADI YANG KE-23 FAIZ FUAD!!! Semoga Dilimpahkan Nikmat Kurniaan Tuhan yang Melimpah Ruah, Kesihatan yang Baik dan Kebahagiaan yang Menenangkan Jiwa .. Amin. 

07 June 2013

Fred'sLife : Insurance & Roadtax Renewal !!!

Dah cukup setahun aku memecut Mazda 3 aku setelah sekian lama men-drivekan diri dengan Perodua Kancil kesayangan aku =)

Since dah kerja ni, tambah pula kerja 6 hari seminggu...nak buat kerja-kerja tak lazim ni susah sikit. Nak bayar bil ka nak pergi renew roadtax ka nak pergi renew lesen ka nak pergi servis kereta ka memang payah sikit. Dah bila masa pula nak pergi servis kereta? kerja asyik busy saja tak berkesudahan. Bila dah dekat setahun ni drive kereta, jadi kita pun surf la internet, bukak la website AmBank ni.. memandangkan aku ni buat loan kereta pakai loan AmBank. Kereta loan saja ok, bukan cash (So sapa yang kahwin pakai duit loan, bini tu pun bini loan tak pun laki tu pun laki loan...hahahhaa)

Klik Image atas untuk terus ke website Insurans AmBank
Nah! bukak saja website ambank dok tekan-tekan la segala link yang ada, last-last jumpa benda ni, alhamdulillah. Aku pun try lah call tanya minta quotation apa semua kan.  Memang exec yang handle call apa semua ni, aku suspect depa ni memang kerja ngan ambank, bukannya agent. Sebab email yang masuk hantar quotation kat email aku ni smua pakai @ambankgroup. So baguslah.

Hari selasa aku call, minta quotation, then petang tu dah depa emailkan dah quotation tu. So keesokan tu, hari Rabu aku call minta proceed. Bila dah proceed aku pun tunggulah khamis ka jumaat dia nak hantar. Tengok-tengok khamis tak sampai lagi. Jadi maknanya jumaatlah kan? Tengah hari jumaat sebelum nak pergi sembahyang jumaat ni, aku call lagi sekali tanya kenapa tak sampai lagi? Depa cakap, dah deliver mungkin tak sampai lagi... kalau petang nanti tak sampai jugak depa suruh aku call balik.

BTW, aku ni kerja dekat site office, aku ingatkan yang nak menghantar tu mat despatch, rupanya bukan! Makluman untuk semua ok, AmBank buat penghantaran menggunakan khidmat PosLaju!!! Aku pergi bagi alamat bangunan sebelah site office aku, yerlah, site office mana ada alamat, kalau despatch yang hantar kira oklah, maknanya boleh kautim, rupa-rupanya PosLaju. Last2 aku kenalah pergi ke Bilik Mail Menara Matrade. Dari site office aku ke Ground Floor Matrade, pastu dah ke situ kena pergi bilik mail, lepas bilik mail, orang bilik mail cakap surat aku ada dekat tingkat 17!!! hahaha.. bukan salah orang Matrade, salah aku sebab gatal bubuh alamat matrade, kalau tak baik aku pakai ja alamat HQ aku kat Glenmarie.

Alhamdulillah syukur, Jumaat petang dah sampai, sebelum orang ofis Matrade balik, aku sempat la pergi ambil insurans roadtax aku tu.


So cukup 4 Julai ni dah boleh lekat roadtax baru dekat Mazda Tiga aku tanda Ulangtahun Pertama aku memandu mazda aku!!!

29 May 2013

Fred'sLife : Living In KL?

Ramai yang beranggapan, duduk dekat KL ni best, menarik, macam-macam ada, artis ramai, lepak standard up up sikit pastu fesyen sini bagai.. eh kalau dah kerja sibuk memanjang, sibuk layan anak bini jangan haraplah nak buat semua benda ni. Nak-nak pula kerja macam aku ni, macam robot, masuk kerja pukul 8 balik pukul 5, tapi dekat ofis aku dah rasa macam robot dah. haih... tapi tak nak mengeluh. Setelah tengah hari tadi aku dok sembang-sembang dengan officemate aku, baru aku tersedar, manusia ni tak penahnya cukup, kita nak apa yang orang lain nak, tapi orang lain sebenarnya nak apa yang kita ada. jadi kena sentiasa Alhamdulillah.




Cumanya aku nak habaq yang dok kat KL ni tak lah seseronok yang disangka melainkan hometown hang memang sedia KL. Family hang, kawan-kawan semua kat KL, so tak dak masalahla, yes memang, kalau dok johor pun tak dak kawan tak dak family serupa jugak ye dak? Tapi at least something is balance la hopefully. Kenapa?

1- Living Kos di KL adalah TINGGI
melainkan hang bersedia untuk duduk rumah flat murah atau rumah setinggan yang murah, then its ok in term of cost untuk sewa bilik atau rumah. Tapi kalau dah hampa ada kenderaan masing-masing, takkan nak dok rumah macamtu, letak kereta main tolak-tolak. Kalau aku bawak kancil aku, aku tak kisah nak tolak-tolak apa semua, tapi masalahnya aku tak bawak kancil,jadi nak letak parking apa semua nak buat style macamtu, agak susah hati. Sewa rumah teres atas tanah ikut kawasan, yang aku tau kat area Seri Kembangan ka Klang ka rumah atas tanah sewa sebulan 400-600, kat Rawang pun dapat. Sebab tulah, kawasa tu selalu sesak. Jadi kalau tak dak motor nak keluar g kerja, nak kena bawak kereta, agak nampak sedikit kesulitan disitu.

2- Its all about money
dekat sini, pergi mana-mana kalau tempat tu kena park pakai tiket, sila purchase tiket tu, jangan nak gatal tinggal kereta tanpa tiket apa semua. gatal nak kedekut bayar parking, terimalah padah kena saman ngan DBKL ka MBPJ ka apa ka. pastu everytime hang keluaq, sila fikirkan terlebih dahulu nak pergi mana, bukan main naik kereta pecut lalu gitu ja, sebab menentukan arah tuju dan jalan yang nak digunakan adalah sangat penting. Justeru, penggunaan WAZE bagi yang menggunakan smartphone amatlah digalakkan. sebab, kalau tak buat macamtu, salah masuk jalan nanti kena bayar tol terlebih pula.




3-Makanan dia tak daklah sedap sangat
entah lidah jenis apalah orang yang duduk kat sini, makanan tak dak lah sedap mana, tapi nanti depa post, eh tempat makan ni best, recommended bla bla bla, tapi bila aku pi, adoih.. apa pun tak boleh. Sebab bagi utarian, especially kedah dengan penang, makanan dekat sana rasa dia lebih menarik berbanding dekat KL. yang aku dapat rumuskan, orang kat sini, jual makanan, presentation nampak menarik, tapi rasa tak menarik langsung. kalau belah-belah penang pula, dok dekat sana makanan nampak semak, pucat apa bagai, tapi bila makan tak pikiaq semua tu dah, sedap taram saja.

4-Makanan dia tak banyak pilihan dan mahal
bagi yang rajin berjalan dan tau kat mana tempat-tempat makan yang boleh belah, itu kira speciality bagi depa ni la, bagi yang tatau memang kesian, sebab apa? sebab kalau tak cari, kerja dok makan hak tu sajalah. nasi goreng kampung dekat penang boleh dapat rm3.50 - rm5.00 tapi kalau dekat KL ni rata-rata aku jumpa paling murah pun rm6. makan tengah hari, lauk bodo2 pun kena penampaq dekat rm7-8 dah. kalau kat penang rm6-7 tu dapat lauk macam ikan goreng telur masin ulam dah. tambah rm1 dapat teh o ais, tambah rm1.4 dapat teh ais, sini? teh ais rm2 ... sekian ja dia tengok muka hang sambil tekan-tekan mesin kira duit dia tu.

5-Kalau tak sesak, something is wrong!
P kerja sangkut, balik kerja lagi sangkut ... p kerja kadang-kadang boleh tahan lagi sebab kita kadang keluaq awal ka macam mana kan.janji sampai sebelum pukul 8. tapi kalau balik kerja, jalan suka nak sangkut, aku pun pelik awat jadi macam tu ...nak kena try cari jalan lain la tengok macam mana. try2 tengok sesak lagi terok, buat nak terberak terkencing, lepas dalam kereta gak kot. so, kalau drive tu, sabor jerlah, aku ni pun haritu stress memanjang balik kerja suka nak sesak, tapi sekarang ni dah rasa elok sikit dah emosi aku.



SEKIAN

02 April 2013

Fred'sLife : I am working 6days/week! Probs?

Aku tak faham bila ada sesetangah pihak mempertikaikan kerjaya aku dan tempat kerja punca rezeki aku. Kenapa aku tak merungut, tapi orang lain yang merungut untuk aku? Aku dah ditakdirkan untuk masuk ke industri ini, site line, dan jadi seorang yang aku teringin sangat nak jadi since zaman universiti.

Pada awal masa aku mula masuk kerja, memang aku sendiri pun tertanya-tanya kenapa aku sanggup masuk site line ini sedangkan aku realise bila aku masuk site line aku akan perlu kerja 6hari seminggu. Sebenarnya, mentaliti aku dah bersediah lama dah untuk kerja 7hari seminggu, sebab aku teringin nak kerja offshore,. kerja atas pelantar, tapi tak dapat, aku nak kerja yang masa aku dibuang untuk kerja dan dapat duit. Tapi mana ada orang yang nak kerja dan dapat duit? Ramai yang tak nak kerja tapi nak duit banyak!

Itu mentaliti manusia yang bersikap pemalas. Mungkin?! Mungkin suatu hari nanti aku pun akan berfikiran macam tu, tapi buat masa sekarang aku terlalu passionate dengan kerjaya aku. Terlalu banyak untuk aku belajar dan explore bidang ini, sebab aku suka dan aku rasa impian aku dah jadi kenyataan. Tapi kadang ada mulut busuk manusia yang pertikai "apalah hang ni, kerja 6hari? orang lain kerja 5hari saja, 2hari cuti" ... "eh, bangla pun tau cuti lah sabtu ahad" ... kalau ikot hati baik aku kerja gomen, masuk kerja office hour cuti berlambak-lambak. aku ada minta juga, tapi maaflah, aku ni mata duitan jadi aku cari kerja yang boleh bagi aku gaji yang banyak ;) jadi kerja dekat site dengan pelantar sah2 lah gaji banyak, dan jugak kerja yang jenis nak kena "stand-by" sentiasa ha itu gaji boleh tahan. tapi kalau kerja panaskan telor, berdiri kat meja orang mengumpat itu kalau dapat gaji banyak gak, tolonglah bagitahu aku, aku nak apply sesangat senang sikit kerja macamtu, tak payah susah-susah nak fikir.

sekarang ni aku cukup tak puas hati dengan manusia-manusia yang mempertikaikan rezeki pemberian Allah terhadap aku ni. aku bersyukur, sekurang-kurangnya, aku dapat kerja yang aku idamkan dan dapat gaji permulaan yang agak memberangsangkan. tapi orang sekeliling tak nampak, sebab orang lain lebih suka menilai dari membuat timbang tara. Alhamdulillah aku dah bekerja tapi aku harap mana yang baca blog aku ni, cuba fikir sejenak, seandainya hampa keja kat bank, kaunter depan orang condemn cakap "alah kerja duduk depan kaunter saja" ataupun yang kutip parking "setakat kutip duit jer, bukan payah sangat", atau kerja kerajaan, "bukan ada kerja sangat, asyik bersembang ja", yang kerja swasta tapi department yahg kerja kurang? "rileks betul department korang, tak dak kerja ka??".. apa perasaan hampa kalau orang cakap macamtu kat hampa? tapi realitinya hampa enjoy kan kerja macam tu? yang penting enjoy!

ada kawan aku sorang, sanggup belajar sampai luar negara, pegang degree holder, tapi jadi technician jer. kenapa? sebab dia tak kisah untuk mula dari bawah, sebab kalau kita mula dari bawah kita belajar banyak benda, tapi kalau sesetengah orang, nak ka dah belajar jauh-jauh tapi pegang title technician dan gaji ciput? padahal overseas degree holder? kerana apa? kerana dia minatxxx

kalau kita kerja sebab gaji semata-mata tapi kita tak minat, maksudnya dalam setiap pekerjaan kita tiada nilai keihklasan ... tepuk dada tanya hati fikir guna akal dan minda

wassalam

27 March 2013

Fred'sLife : Evolusi atau Ilusi???




Wow! Sekarang ni badan aku makin menjadi-jadi, macam cokodok bubuh ibu roti, bulat gebu elok jer! Aku kadang-kadang tak faham dengan badan aku ni, hahaha kejap kecik, kejap besar, bila dah besar, tak lama lepas tu kecik balik, payah betul nak maintain.


End 2005
Mid 2006
Mid 2006
Mid 2006

NAMPAK TAK PERKEMBANGAN DIA? 

Badan aku nih naik since dah habis SPM, actually sebelum SPM, aku admitted masuk dalam hospital sebab ada infection apa entah kat dalam kepala sampaikan selalu pening dan muntah, tak boleh duduk, kena bergerak saja, kalau duduk aku jadi pening, jadi aku dah diadmitkan ke dalam Loh Guan Lye,Penang siap masuk segala-gala scan apa semua tu lah, pastu siap makan ubat apa semua. Bila dah keluar ja hospital badan aku mula lah naik badan. Since dari haritu, badan aku naik dan terus naik sampailah aku masuk ke matrikulasi. Sorry tak jumpa gambar aku masa sebelum masuk matriks, tapi yang pastu masa tu badan aku bulat solid! hahaha..

2007
Bila masuk matriks, setiap petang aku dan geng-geng aku akan pergi mengelilingi kolej, main layang, main tenis, basikal, squash etc. Jadi aku sure lah sangat disebabkan aktiviti aku ini lah, badan aku jadi kurus cekeding macam gambar atas dan bawah ni.

2007
Tapi, since dah habis matrik, aku dah mula pasif, duduk rumah tak reti nak excercise ...jadi badan pun naik lah balik. Tapi sebelum habis matrik, aku sempatlah lagi snap a few gambar sebelum badan aku naik ... =p

2008
2008

tapi ada cerita sebenarnya disebalik berlakunya proses pembesaran aku .. ceritanya terletak dalam blogpost : masih ada yang sayang ...

then tibalah masa untuk aku masuk USM pula, bila dah masuk USM, badan amboi bukan main surut kecik, elok! hahaha, aku kadang tak percaya aku boleh kurus sampai macam tu sekali ...

2009 - 1st year USM
amboi amboi ...
tapi disebabkan kaki dah panjang, kenderaan dah ada ... banyak pula kedai makan aku singgah, singgah-singgah makan kasi badan montel sikit ... =p

jadi inilah hasilnya ... 2010!!!
dan semakin berkembang ... 2011
lepastu baru wujud kesedaran ...

ini gambar aku bila dah mula rajin hiking dan joging -
2011
dah turun pada penghujung 2011

 selepas itu, tahun 2012 merupakan tahun makan lagi dan berjalan-jalan lagi ...

duduk rumah "masak dan makan"

awal 2012
oktober 2012

pastu wujud kesedaran diri ...

main dumbell
konon yer konon  ... tapi memang jadi amalan minum air masak bergelen-gelen sehari masa ni, sampai masuk toilet berpuluh kali!

joging 5km sehari           
tapi kesudahnya KIWI BERRY, TUTTI FRUTI, YOGO GOYO .... noharom

lepastu dah malas, once dah masuk kerja  ...

kerja

latest!

SIGH ... penatlah macam ni ... =(