26 August 2010

Coretan ConvEx '10 - Part 1

Permulaan ConvEx'10 bagi aku bukanlah satu pengalaman yang menarik sebab macam-macam lah jugak dugaan yang terpaksa dihadapi tambah-tambah benda bila kita masuk, terus kena buat kerja dan kena buat keputusan sendiri, pening jugak lah kepala, macam buat kerja tanpa pegangan serupa macam buat assignment tak dak material, main taip jer isi kandungan. Tapi alhamdulillah, segalanya mampu diuruskan.


Mesyuarat Pertama ConvEx yang bermula seminggu sebelum Minggu Peperiksaan Akhir Semester 1 menemukan aku dengan beberapa muka baru dan juga beberapa muka lama yang sememangnya aku tak expect yang budak2 nih aktif gak dengan benda-benda nih macam Massheera, Nabila dengan Kery.

Setelah selesai dengan peperiksaan akhir semester satu, aku bercuti selama seminggu dirumah dan dikehendaki masuk kembali ke dalam USM minggu yang berikutnya dan desasiswa yang aku tinggal ada Cahaya Gemilang.

Orang pertama yang aku jumpak pada hari kejadian ialah Soo Chin Soon, Timbalan Pengarah 1 yakni pemantau bagi portfolio aku iaitu Portfolio Hadiah & Cenderamata (next year di-rebrand jadi Portfolio Rekaan Grafik & Pengurusan Hadiah). Orang kedua yang aku jumpak si Hanif, masa tu aku nak jalan kaki ke Sg.2 nak g makan malam sorang2 aku. Then jumpak si Hanif tengah bawak beg besar gila! berjalan dari Foyer DK menghala ke Cahaya Gemilang. Aku senyum ja masa tu and aku tatau pun dia budak ConvEx jugak. Next lepas makan kat McD Sg.2, aku balik ke bilik aku dan Hanif tengah nak turun tangga, dia cakap nak p makan malam.ok fine, malam pertama aku, aku habiskan masa dengan Download movie sebanyak mungkin...mmg best sbb masa cuti, internet sangat laju, pulak dah masa tu mediafire boleh download lagi, sekarang USM dah banned.

Then esok tu, aku pun pergi ke Konkos ataupun bilik meeting 2 dan memulakan meeting kedua ataupun official meeting 1 convex. Orang ke-3 yang aku jmpk ada Mastura, merangkap clique se-exco aku, mmg best, sbb both of us tak dak sangat basic, n kami buat kerja ikot suka, tp menjadi la..alhamdulillah.

Pada hari kejadian kami diperkenalkan kepada Majlis Tertinggi, Kak Siva sebagai Pengarah Convex, Chin Soon TP1, Kak Nat ngan Kak Bell TP 2 dan 3. Alkisahnya, Kak Nat nih macam approachable sikit, tambah2 dia asik duduk kat meja depan tu, jadi apa2 mmg senang nak tanya kat dia lah.

masuk kepada minggu kedua kami difahamkan yang kami kena gerak untuk satu camp kat Jitra dan yang paling tak best, paha aku melecet, berjalan mcm org cacat, pedih gila siol! and disitu jugak perhubungan sorang2 jadi semakin rapat.
Pada awal program convex nih, orang yang aku kenal antaranya ialah Faris Hakim, Fudzail, Sapik, Kak Bell, Wani, Paah, Salam dan lain2.

dalam part seterusnya aku akan cerita exco by exco, mcm mana aku kenal budak2 nih ...

No comments :

Post a Comment