27Ogos2010 ... ok, hari ini ada 3 orang ajak aku berbuka puasa di tempat yang berlainan, Syahmi ajak pegi masjid, Tasya ajak buka puasa kat Ivory, manakala aku plak dah janji dengan Pak Cik Ismail nak keluar sekali hari ni, tapi destinasi tak diketahui pun. THEN, tepat 615, ketiga2 orang tadi dah roger aku tanya nak bukak kat mana. Aku text Kery tanya dia nak bukak kat mana, rupa2nya dia bukak kat luar, ok then, aku sekarang nih ada 2 pilihan makanan percuma untuk menu berbuka puasa aku sama ada aku pergi masjid ataupun aku pegi berbuka dengan Pak Cik Ismail.
Setelah memujuk, aku berjaya ajak Syahmi untuk teman aku berbuka puasa dengan Pak Cik Ismail, destinasi EQ Hotel Pulau Pinang. At first,aku pakai mcm mat rempit jer, yer r nak bukak puasa saja kowt, kemudian setelah tengok syahmi pakai baju polo, aku pun bergegas tukar baju polo jugak pakai elok sikit (dengan sandal..malas gila nak pakai kasut)
Setelah sampai di EQ Hotel, aku TERPAKSA park kat basement,dengan bayaran parking RM5 per entry dan kemudiannya, aku pun naik ke lobby dan disambut Pak Cik Ismail..masa jalan nak turun ke restoran, pak cik cakap dia makan dengan masyitah,aku bajet masyitah budak archi HBP, rupa2nya DATO' MASYITAH IBRAHIM! teruja siottt jumpak ... kemudian kami mula mencari meja..nasib baik ada SYahmi tak lah aku segan sangat terkapai2 sorang2 nak amik makanan apa semua.
Aku ngan syahmi tak dapat cari meja, so kitorang pegi ke kaunter dan tanya kalau ada meja kosong lagi, then pak cik call ajak duduk semeja dengan dia. OK! Aku duduk meja VIP dengan syahmi..dan semua orang kat meja tu berpangkat Dato.. hanya kami 2 sahaja yang bergelar pelajar dan tak dak pangkat apa2..buat seketika jugak aku terasa, mcni lah jadinya duduk kat meja VIP, dan jadi Timbalan Naib Canselor! hahaha
GENJATAN DEKLARASI SYAHMI-FAIZ terpaksa dilaksanakan malam nih dan kami makan sebanyak 3 round dengan makanan yang macam2!
Ni merupakan desert aku, Bread & Caramel Puding dan juga Buah Potong Bersalut Coklat!
Beberapa jam lagi, hari jadi aku, 28 Ogos 2010, hum...aku consider buka puasa nih sebagai makan besar aku lah! TQ buat Pak Cik Ismail... yang lain yang tak dapat ikot w/pun aku dah ajak mahupun aku tak ajak, JANGAN JELES!
No comments :
Post a Comment